Birth Announcements
Monday, September 3, 2012
Sunday, July 24, 2011
ENTRY - setelah berbulan2 x update!!
keklutan dengan facebook ADORABLE BABY STUFF..
Thursday, December 2, 2010
MEGAHASZ GIVEAWAY #4/2010
Wednesday, September 29, 2010
Zikry On Studio
Sesiapa yang berminat leh hubungi Shah 012-5055003.
Thursday, May 20, 2010
CONTEST TIDUR PALING COMEL
Thursday, February 11, 2010
Happy Three Months, Sayangku..
Thursday, February 4, 2010
Monday, February 1, 2010
Zikry Oh Zikry...
Dan, umi rasa nak patah balik ambik zikry dari mak mengasuh zikry. Cium-cium pipi zikry. Gomoi-gomoi perut zikry macam selalu umi buat tu kan. Pastu umi nak geget-geget manja tangan dan kaki zikry. Umi nak main tidoq-tidoq ngan zikry macam selalu..
Hai la....itu pun kalau umi tak payah pi keja laaaa...
Sunday, January 17, 2010
Contest Sweet Picture Anak Bersama Ibu

Syarat2 adalah seperti berikut...
1) Mestilah gambar tersebut IBU BERSAMA ANAK..umur dari baby sehingga 3tahun..
bilangan anak tidak kisah janji xmelebihi umur yang d'inginkan..
2) Nama anda & your anak beserta tarikh lahir..
3) Letak picture satu SAHAJA yer...coz byk2 nnt pening juri
4) Ceritakan kenapa gambar tersebut d'anggap SWEET utk korg..
5) Jadi follower untuk blog IBU & blog MYTOMEIOUTLET
6) Letak banner yang dicipta khas (gambar d'atas) diruang sidebar korang semua
7) Letak tajuk sperti d'atas jugak yer..Make sure ur entry link back to mine
8) Tarikh tutup penyertaan 29hb Januari 2010
9) Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..itu jer...senang je..
Nama ibu : Zaimarniza Omar
Nami Bayi : Ahmad Izz Zikry Ahmad Yuzri
Tarikh lahir : 11/11/2009
Aku rasa gambar ni terlalu sweet untuk aku kenang sehingga akhir hayat. Buat pertama kalinya aku dapat memeluk erat dirinya dan bergambar berdua setelah aku sedar dari pembedahan. "Alangkah indahnya kenangan ini apabila selepas tersedar dari lena yang panjang, engkaulah wajah pertama yang aku lihat, anakku.."
Thursday, January 14, 2010
Memperkenalkan....
Tuesday, January 12, 2010
Aku Kembali..
Thursday, July 9, 2009
Sepanjang kemalasan aku update blog ni...ni nak ceta skit ni...
Alhamdulillah gak..keputusan ujian tu...aku x mengidap kencing manis..penambahan berat kerana aku faktor makanan yang aku makan ja....lega aku dengaq...kiranya nak dpt tau keputusan test tu...tdoq mlm aku tak lena la...sbb dok tanya diri sendiri..aku ni ada kencing manis ka????
doc cuma capture kat ukuran kepala ja...frust gak bila tak dpt tgk suma badan baby...(aku tatau la nampak ka idak..camera aku x berapa canggih...huruf pun blur la..maaf ya)
Tapi ini lah gambar pertama baby aku...
Ni lak 'pemgembangan' ibu baby ya...dari pada ini...kepada ini...
ini....
dan ini...
Sekian ya...
Nota Pena : Semoga aku selamat sehingga melahirkan Baby Jr. En. AY ya...insyaallah...
Monday, July 6, 2009
Alhamdulillah...akhirnya kekuatan itu datang juga...
Sekian lama membisu dari update blog...akhirnya aku dpt gak kekuatan untuk menaip patah2 kata.
Bersawang gila blog nih...tq huda..sbb tlg sapu2 abuk kat umah niza..
Apa lagi ya...sampai tatau apa nak dituliskan...
Nanti la, cari idea dulu na...
Nota Pena : Kekeringan idea yang melampau....
Thursday, March 19, 2009
Simptom..
Dan apa pun jua cabaran segalanya akan aku tempuhi untuk anakku tersayangkan..
Nota Pena : Buat anakku, insyaallah apa jua yang pahit tetap ummi hadapi untukmu...jadi bertahan la di dalam ya demi ummi.
Wednesday, March 4, 2009
Sambungan entry yang lalu..
Ni la nak ulas skit tentang hadiah tu...
Alhamdulillah...
Akhirnya Tuhan bagi rezeki pada usia perkahwinan kami yang ke 3 bulan...
Aku : Abg nah...!!!
En. AY : 'Apa nih...??' Sambil tengok kerut2 kat dahi.
Aku : Tu la result dia. Kalau satu line tu x pregnant. Kalau dua line tu +ve pregnant.
SEMINIT....
En. AY : Alhamdulillah....syukur...
Adegan seterusnya adalah dot..dot..ya...pepaham ja la..
Seterusnya aku masih rasa tak puas ati.
Pagi keesokkan arinya aku ke klinik USM. Nak dapatkan ubat batuk. Batuk aku x baik2 dah dekat 2 minggu. Time masuk bilik doktor tu pas minta ubat batuk, doc pun tanya ada pa2 lagi masalah ka. Terus aku bgtau period aku dah lewat seminggu dan badan aku sakit dari pinggang ke kaki. Dia minta aku buat UPT kat makmal tingkat atas. Ok. Aku pun buat test tu dan duduk kat bangku depan makmal untuk tunggu result. Aku sorang ja kat situ. Pastu nama aku dipanggil. Depa senyum2 kat aku. Positif. Yeay... Dan lagi kena interview ngan akak tu...tanya bila kawin, baby no brapa, rasa camna, mesti asben rasa sonok, ucap tahniah la...mcm2 la...
Pastu aku kena g jumpa doc balik. Doc pun senyum2. Tahniah katanya. Pastu dia tanya aku bila last period. Pastu amik benda alah apa ntah. Lebih kurang cam board kecik. Ada anak 2 panah atas board tu. Dia pusing2 anak panah tu. Pastu dia bagi due date aku. Insyaallah 8/11/2009. Pastu dia kata nasib baik bgtau kata aku missperiod kalau dak dia nak bagi ubat batuk yang agak kuat sbb batuk dah lama dengan ubat antibiotik. Disebabkan aku pregnant dia cuma bagi ubat batuk yang light tanpa antibiotik. Doc bgtau lagi kalau makan antiobiotik kemungkinan baby boleh gugur...nauzubillahi min zalik...
Apapun baby masih baru dan belum kuat. Doc bagi vitamin untuk aku makan tip2 ari. Pastu kena jaga pemakanan.
Nota Pena : Kalau aku buat kontes pasal entry Alhamdulillah, pemenangnya mesti mrs syediz ngan monamie. Yeay...Doakan ya kawan-kawan!!! Semoga aku selamat sehingga melahirkan 'En. AY Junior'. Insyaallah...
Sunday, March 1, 2009
Alhamdullillah...
Alhamdullilah..aku dah ada special gift untuk hadiah anivessary ke 3 bulan ni untuk En. AY....
Nak tahu apa hadiahnya...nantikan...
Apapun bila dapat ja hadiah tu En. AY renyih sehari suntuk...apakah???
Nota Pena : Rasanya hadiah ni lebih bermakna dari apa segala yang ada didunia nih kan...
Sunday, February 22, 2009
Hidangan Tengahari Sabtu..
On-the-way balik ke umah singgah untuk beli ayam goreng. Balik tu terus ja masak nasi dan En. AY goreng siput.
Tadaa..ini ja hidangan makan tengahari kami..simple tp sedap..
Nota Pena : Aku punya tugas letak nasi. Abih ja En. AY masak siput bila buka periuk nasi nak hidang tengok2 nasi x masak daaa..opppsss..aku lupa nak tekan suis. Time tu En. AY dah tak tahan sangat nak makan...hehehe..ampun ya...
Wednesday, February 18, 2009
Gulai Oh Gulai...
Masak rempah biar sampai hilang bau..
Dah siap..
Nota Pena : Lupa lak nak snap gmbaq bahan. I'm sorry..
Boikot Movie???
Queesnbay lagiii..lagi lagi Queensbay kan..
Nak buat cmna situ selesa nak tgk wayang. Sampai ja terus ke GSC. Terpacak dua-dua orang kami depan tu. Pilih lak nak tengok ceta apa. Lama gak kami dok cangak sana sini. Bua perhitungan la katakan. Time dah pukul 7.40. Dah banyak yang terlepas. Yang ada semuanya kui 9 lebih. En. AY pulak keja malam. Tu yang buat perhitungan lama sangat. Kira pi kira mai En. AY kata dia leh masuk lambat sikit.
Nak tengok movie apa pun satu hal.
Nak tgk Geng : Upin & Ipin rasa cam tadak mood nak tgk animasi. Cadang kalau kuaq DVD nak tangkap satu. Leh tgk ulang-ulang kat umah. Hehehe...
Last-last terpilih la movie ni..tak perasan lagi..masa masuk dalam panggung tu baru sedar bila tgk 20th Century tu...alamak..aku bisik pelan2 kat En.AY

Aku : Abang, filem 20th century ni bukan ka kita kena boikot???
En. AY : Ya la. Tp nak buat camna dah terbeli dan tertengok...hehehe..
Aku : ????
Bila aku tengok sekeliling orang melayu ramai gak bleh kata sama ngan bilangan kaum lain. Kurang skit la rasa bersalah tu kan...walaupun sampai abih movie ni perasaan bersalah tatap ado...adoyai nabil...i'm sorry (amir raja lawak)...
Nota Pena : Nak komen skit filem ni bleh???...hehe..kesimpulannya ceta ni 5 bintang. Sebab jalan cetanya langsung x membuatkan aku ngantuk walaupun penat. Story mory dia pun smooth tapi berkesan. The ending sangatlah terharu....














