Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Bersama Dia. Show all posts
Showing posts with label Bersama Dia. Show all posts

Monday, February 16, 2009

Jalan-jalan cari KFC

Kemarin pas balik ja dari keja. En. AY jemput.
Ari isnin plak agak membosankan aku kat tmpt keja. Tadak mood.

Tapi lepas ja jemput aku En AY terus bawak p Queensbay Mall. Lama tak kesitu katanya. Bagus gak tu. Leh aku cuci2 mata hilangkan bosan yang ada. Jalan punya jalan punya jalan..tp tak beli papun. Just window shoppping ja. Al-maklum la tengah bulan kan.

Agak sejam lebih gak la jalan2 kat Queensbay Mall dari kedai ke kedai, dari tingkat ke tingkat lain. Lenguh gak la kaki. Mana dengan high heelnya kan, Queensbay pun bleh tahan besaq nya (sapa2 yang penah p tau la kan). Nak tengok wayang takut tak sempat sbb En. AY keja malam. Teringin sangat nak tgk Geng : Upin & Ipin tu..ramai yang cakap best..

Tetiba terlalu la depan KFC...wahhhh...baunya...sedapnyaaa....En. AY mcm paham ja signal tu...terus la masuk. Tadak org pun time tu. Tak kisah la..lagi senang kami nak menikmati hingga ke titisan ayam yang terakhir (apakah ayat ini..???)..

Aku ingat nak makan seketui ja. Tp En. AY kata..dah lama kita tak makan. Makan la puas2...Alang2 dah order En. AY order Snack Plate Spicy untuk dia dan Snack Plate yang ada nasi untuk aku..wowwww.....

Akan tetapi..disebabkan terlampau ghairah menikmati oohh..ayam goreng...(ikut slang Ipin) maka tiada lah gambaq yang berjaya di snap.



Nota Pena : Tedappppp

Sunday, February 15, 2009

Rinduku Terubat..

Napa ngan tajuk nih...

Rindu pada ibu, abah, adik-adik, rumah sp, mak, ayah, adik-adik ipar, anak sedaraku rumah kg... segalanya telah terubat. Maknanya last weeken aku balik ke SP n Pmtg Pauh ngan En. AY. Spend dua hari untuk rehat2 di kg dan jalan2 ke umah sedara mara. Penat. Tp seronok..
Dan...
Arini aku agak kemalasan a.k.a liat untuk bekerja kerana mengenangkan dua hari yang x puas aku nikmati..
bersama-sama orang yang aku sayang..



Wednesday, February 11, 2009

Aktiviti Di Tanjung Asam

Nak tau aktiviti apa??

Ahad lepas, pas En. AY balik keja ptg tu tatau nak buat pa. Tetiba aku teringat ceta En. AY kat aku tentang Tanjung Asam. Tentang aktiviti mencari siput kat pantai tu. Kebanyakkan orang tempatan akan tunggu ayaq surut dan korek pasir untuk dapatkan siput/remis. Menarikkan. Macam pesta En. AY kata. Emmm..dan dan tu aku ajak En. AY p cari siput kat sana. Apalagi kami pun bersiap diri dan pekakas untuk cari siput.

Antara pekakasnya :
1. Cangkul parit (aluminium) - kebanyakan org guna "spork" (entah betui ka dak aku eja nih..tp camtu la sebutan dia) 'Spork' ni org guna untuk cedok tanah/pasir kat tapak pembinaan rumah. Tp En. AY cuma guna cangkul parit ja.
2. Raga jarang untuk tapis pasir.
3. Bekas kabus/polisterin - untuk isi siput

Tanpa melengah2 lengahkan masa kami pun terjah ke lokasinya yang terletak di Teluk Kumbar. Rasanya ni first time aku ke situ. Park keta. Tapi orang time tu, fuyoo..punyalah ramai. Parking keta pun penuh main letak2 tepi umah orang. Yang menjuai makanan pun tak kurang ramainya. Memang leh bikin bisnes la. Turun dari keta En. AY kata...'Alamak yang!! Ayaq pasang laa...' pastu sambung lagi 'Takpa la kita buat cara ayaq pasang'. Aku x dapat imagine la camna caranya cari siput time ayaq pasang. Yang aku tau masa cari siput kat belakang rumah arwah tokwan dulu just dok kat gigi ayaq pastu korek la pasir untuk cari siput.

Rupanya En. AY bawa aku redah ja ayaq laut sehingga paras dada. Aku x bantah la. Membontot ja belakang En. AY sbb aku ni tatau berenang. Harapkan En. AY ja. Cara cari siput nih. En. AY korek pasir dari dalam laut ngan cangkul tanah tu dan bubuh dalam raga tapis yang aku pegang. Keja aku lak duduk menempek tepi En. AY goncang2 raga tapis pastu nampak la siput2 dalam raga tu. Pastu masuk la siput2 tu dlm polisterin. Wahhh senangnya. Cuma bila dalam aya barau aku terperasan yang aku dah ada dalam ayaq laut. Sedangkan aku tak penah mandi laut selama lebih 15 tahun. Aku ni fobia mandi laut. Tetiba bila beraktiviti camni jadi sonok plak. Mungkin aku berani pun sbb ada En. AY. Dia asyik monitor aku agar x jauh dari dia. Mana la tau kot2 aku terhanyut ke tengah laut kan...

Kira-kira hampir 3 jam pencarian siput. Kami berjaya bawak balik setengah polisterin. Kira banyak la untuk kami makan berdua kan.



Close up gambaq siput/remis

Banyak tak? En. AY dah rendam ngan cabai kering dan halia untuk buang selut dan pasir dari siput.

Nota Pena : Lepas kawin ni mcm2 aktiviti yg En. AY perkenalkan kat aku...hehehe..

Friday, February 6, 2009

Mari Ke Taman Negara Pulau Pinang

Petang 28 February 2009.

Tak dak pa aktiviti nak di buat petang tu.

Jadi aku lets go En. AY ke Taman Negara Pulau Pinang kat Teluk Bahang.

Ini la first time aku n En. AY ke situ.

Tp kami prepare pakai baju sport sbb rasanya jalan nak ke sana tu agak mencabar.

Apa pun happening kat situ.

Ada tempat berkelah, sesuai untuk memancing dan jungle tracking...best.

Ada juga laluan kanopi yang mana ada jambatan gantung dari pokok ke pokok.

Cuma time kami p tu tengah renovation jadi ianya ditutup. Frust gak la..



Tembamnya aku..



Belakang tu Monkey Beach. Sebenarnya perjalanan jauh lagi. Tp kami hanya sampai kat situ saja memandangkan hari dah nak gelap.

Sebelum monkey beach ada tempat kajian USM kat situ.


Nota Pena : Buat pa la p mkn angin jauh2 negeri sendiri pun tak abih lagi jelajah kan...fyi..masa kami hiking kat dalam ni selisih dengan ramai mat saleh n minah saleh...Welcome To Malaysia..Peaceful Country..

Thursday, February 5, 2009

Lamb Chop En. AY...

En. AY ambik aku dari tempat keja dan straight away balik ke umah. Sesampai ja. En. AY soh aku mandi n dia masuk dapur. Dengaq la bunyi orang memasak bagai. Bila dah siap2 ja pastu p jenguk En. AY kat dapur....

Taadaaaaa....
En. AY pandai masak rupanya. sedap tau.bukan nak puji sbb suami sendiri.tp mmg betui. thumbs up to you my dear..

Bila tanya apa resepinya dia kata. Tak hengat. Dia main campak2 ja...apakah? Ke dia nak rahsiakan resepi dari aku kot..ummmmhh..apa2 ja la..yang penting En. AY made it...

Bismillahhirrohmannirrahim...
Tgk tu..presentation kurang kemas skit..
Lamb chop for 2 please..



Thumbs up suamiku..

Bruppp...alhamdulillah...

Nota Pena : En. AY besa tau masak nasi goreng untuk aku bawak bekal p keja...terbalikkan..apa pun sayang En. AY....muahhhh..

Saturday, January 24, 2009

Bekelah Sambil Memancing...

Al-kisahnya..
Bangun pepagi takda pa2 aktiviti selain masak sarapan n basuh baju...jd..
tetiba En. AY ajak berkelah...aku apa lagi...terus siap2...
kebetulan baru ja selesai goreng bihun untuk sarapan..
pack bihun lam tupperware, ayaq, mkn ringan, pinggan mangkuk n bla bla bla..
time tu baru pukui 9.30 pgi..
En . AY plak nak singgah beli alatan memancing n umpan..
umpan adalah sotong dan ikan temenung/kembung..
Venue adalah di satu port kat Batu Feringhi. Cuaca plak time kami sampai tu hujan renyai2. Walaupun hujan aktiviti tetap diteruskan. Orang pun dah agak ramai time tu.






Tgk tu..sampai2 ja terus pegang pancing...semangat btui..


Ralit..



Harus la makan bihun goreng bini masak sebelum ke gelangang memancingkan....

Bekalan makanan. Separuh ja tu...opsss..lupa plak nak buka tutup tupperware tu..

Tengok tu..siap beraga-raga bagai kan. Bukan apa. Senang sekali angkut ja.

Wahhh...skill mau ada..

Renyih la..dapat anak ikan duri ja pun..

Betui la bak kata orang. Memancing ni meralitkan. Tengok tu..bini kat seblah ni pun buat dunno ja...huhuhu..

Dengan segala hormatnya diumumkan...jeng..jeng..hasil tangkapan yang berjaya En. AY perolehi adalah 6 ekor anak ikan duri, 2 ekor ikan gelama dan 1 ekor ikan apa ntah selama lebih kurang 5 jam bertarung di gelanggang memancing. Sekian Karan Sin Walie melaporkan dari Bilik Berita Batu Feringhi...hehehe...

Nota Pena : Herankan tiada gmbaq pemilik blog disertakan. Maaf. Pemiliknya tadak mood la nak bergmbq. Len kali eh...

Tuesday, January 13, 2009

Hepi Besday to Me....


Walaupun entry ni nampaknya agak basi..tp aku nak gak ceta kat sini...

Al-kisahnya besday aku yang jatuh btui2 pada Hari Christmas 25/12/08. Oleh itu aku telah isytiharkan hari tersebut sebagai CUTI UMUM semalaya....hihihi...
En. AY kena keja ari tu dan agak malang la bagi aku yang mendapat sakit mata. Hadiah sempena besday aku la tu...takpa..sakit kan bole mengurangkan dosa2 kecik kita..aku terima ja...

Tp menjelang 12.00 mlm-24/12/08...En. AY telah bikin suprise kat aku...tq so much dear...ceta bebunyi begini...hari tu En. AY informkan aku yang dia dah beli peti ais untuk umah kami. Jadi peti ais akan sampai pada petang tu gak. Alhamdulillah..pas ni takyah la beli bahan mentah ari2 memandangkan dah ada peti ais nih. Aku pun keja ari tu dan balik agak lewat gak la. Pas balik dari keja aku singgah di Tesco untuk beli ikan, udang dan sayur mayur. Sesampai ja di rumah En. AY sms bgtau dia dah lekat ngan pita pelekat pintu peti ais tu supaya aku tak buka pintunya. Bertujuan agar tahap kesejukan peti ais tu bertahan lama dan telah dipesan oleh org yang juai peti ais tu. Aku pun ok ja. Dalam pukui 10.00 mlm, adikku dan bf dia mai ke rumah. Belikan burger untuk aku. Dia pesan aku takyah masak pa2, biar dia beli makanan untuk mkn malam. Lepak2 n sembang2, 11.00 mlm En. AY pun balik dari keja...semakin rancak la sembang2 tadi...

Jeng2 part yang best pun sampai (best bagi aku la..org len aku tatau la..mgkn part biasa..)...dalam pada kami bersembang2 tu..En. AY menghilangkan diri..terperasan sat..tp aku sambung balik la sembang sumbang ngan adik & bf dia..tup tup tap..En. AY mai dari belakang sambil nyanyi lagu Hepi Besday....sambil lg bawak kek berlilin...wahhhh...sooooo sweeeeeetttt la my dear nih...tu yang sayang selalu nih...hihihi..Dengan keadaan aku yang agak terpana seketika plus terharu biru..aku tiup lilin tu & bagi satu kiss yang hangat kat En. AY (weii..kiss di pipi saja tau...ada ka nak buat romantis2 depan adik aku ngan bf dia)..Ropa2nya..dlm peti ais yang ada tape tu rupanya ada kek besday aku..patut la heran masa En. AY balik keja aku tgk tadak plak dia pegang apa2 kan...anyway...itu hadiah bermakna buat aku...tambah plak kek fav aku tu..iaitu CHOCOLATE INDULGENCE dari Secret Recipe...fuhhhh...sila la meleleh ayaq liur ya kengkawan...hehehe...
Gambaq kek sempat disnap dlm dua versi...satu...versi berlilin...dua..versi tanpa lilin....gmbq tiup lilin n potong kek...nehi nehi..tidak la boleh di paparkan di sini kerana tesangat la tidak menutup aurat...hihi...

Happy Birthday Sayang...


Nota Pena : Saya sayang awak jugak En. AY....

Wednesday, October 8, 2008

1 Syawal...

Allahu Akbar.....

Saat kemenangan telah pun tiba...alhamdullillah...ramadhan pula amat berat untuk ditinggalkan...semoga ramadhan ini bukan ramadhan yang terakhir untuk aku...insyaAllah

Pagi Syawal ni..aku agak pening skit..maklumla aku tak tidoq lgsg walaupun seminit..berjaga untuk menyiapkan biskut raya last minuteku itew...hehehe...salah aku gak...ralit...lepas aku berkemas2 didapur...tetiba pala aku rasa pening sgt...memang sah la..aku kena letak pala sat..untuk hilangkan pening yang teramat ni...

Kebetulan pula aku 'coti' n tak leh semayang raya..jadi aku amik kesempatan nih untuk letak pala sat..

Tetiba...terasa ada yang kejutkan aku...rupanya ibu...ya Allah...tgk2 jam ja dah pukui 8.30 pagi...huhuhu..memang letak pala sungguh la ni...

Apalagi bedesup la aku masuk bilik air n mandi...hehehehe..

Dan bermula la aktiviti melayan tetamu yang datang kecik dan besaq..yang besaq mai makan...yang kecik minta duit raya ja...hehehe..biasalah aku time bebudak dulu pun camtu gak...

En. AY datang dalam kui 12 lebih la...dia beraya kat umah dia dulu. Kui 3 ptg dia kena keja..huhu..En. AY x dpt cuti...tp tahun depan En. AY kena janji..dapat ke tak..kena gak cuti tau..tp tak kisah sangat la kan..umah kami pun bukannya jauh sesangat..hehee..belakon ja lebey...

Petang nya pulak family aku, maksu dan makcik melawat kubur arwah wan, maktok, pak chaq dan pak long kat Bagan Jermal....Al-fatihah...

Pastu lebey kurang pukui 4 petang kami konvoi 3 biji keta ke umah family En. AY...tp sedeynya..En. AY tadak..kena keja...yang ada mak, ayah, fazli, wany, wana n baby akif ja...

Sepupu2 aku lak yang kecik2 tu meriuhkan umah PIL aku tu...macam kerenah depa..sabaq ja la..tambah2 si Raziq tu...hish...

Pastu kami meneruskan jalan-jalan hari raya ke umah tok sedara aku kat Tasek Gelugor dan rumah yang terakhir kami raya adalah umah Makcik aku kat Pmtg Pauh...sampai tetidoq la kat umah dia...letih jalan raya...

Nota Pena : Harap Maaf.....tiada gambaq untuk dipaparkan...aku dah sampai tahap kemalasan untuk bergambaq raya hari ni...

Aktiviti Menjelangnya Syawal..

Puasa Ke-28

Arini En. AY menjemput aku untuk berbuka puasa kat rumah family dia. First time la kiranya ni...disamping tu gak nak menjengah baby Akif yang cute tu..Macam2 yang future MIL aku tu masak...




Ni ja satu-satunya gmbq curi En.AY..malu la kat umah orang..hehhehe

Tgk tu hadiah untuk baby Akif...wahhh...lenanya dia...
Puasa ke-29
Hari ni turn En. AY plak la berbuka puasa kat umah aku...tp sayangnya dek kerana kalut-malut tiada gambaq untuk di kongsi bersama..huhuhuhu..harap aaf ye...
Puasa ke-30 Akhir Ramadhan
Hari ni aku agak kekalutan lagi..mana taknya..p sana sini...beli barang untuk masak rendang daging, ayam dan ketupat dan macam2 lagi la...
Balik ja dari beli barang...siapkan bahan2 untuk dibuat rendang daging, ayam dan ketupat...
Abih ja buat suma tu aku sambung buat kuih raya skit..hehehe..last minute punya kuih raya...kiranya sampai la ke pagi aku berjaga untuk siapkan 2 jenis kuih raya...janji ada ja kan...






Sunday, September 14, 2008

Buka Posa & Hantaran

Bersambung dari entry yang lalu. Pas abih waktu keja, En. AY amik aku kat Masjid Seberang Jaya. Time tu lebey kurang kui 5.30. Rindu btui kat En. AY nih.. Pastu kami terus ke JJ Seberang Perai City nak cari handbag untuk hantaran.
Sesampai ja kat sana, agak mendukacitakan aku..handbag yang aku selalu dok tinjau2 tu..dah tadak..beg tu bukan la tera mana sangat pun..besa ja..design pun besa ja..tp oleh kerana aku mmg dah set nak handbag tu..aku nak yang itu gakkkk...tp w/pun yang dicari tak jumpa..aku pusing gak la kat bahagian handbag tu 3-4 kali..mana tau..aku terbekenan hat len pulak..tp ternyata aku punya mind set terlalu kuat...En. AY jenuh mengekor aku pusing tempat tu...salesgirl kat situ sure bengang punya tgk aku angkat letak handbag kat situ...En. AY pun geleng pala tgk aku...En. AY bwk lak aku jenjalan kat outlet2 kat luaq tu kut2 ada yang aku berkenan..tp satu pun tak menarik minat aku...pastu kami patah balik ke tmpt handbag tadi..aku still tak berkenan gak...En. AY mula gelisah..dok tgk jam..warning aku...kui 7.00 kena kuaq dari situ untuk buka posa..fuyooo..cerewet gak aku nih..sejam lebih pusing2 aku x dapat gak cari yang berkenan. Sharp kui 7.00 En. AY heret aku kuaq la...dia kata pas buka posa sambung balik pencarian aku tu..En. AY plan ari ni kami bleh beli suma barang hantaran yang x cukup lagi tu..cuma tinggai beberapa benda ja..tp rugi rasanya dok melilau tanpa beli apa..rugi masa...
Kuaq ja dari JJ terus ke pasar ramadhan kat Masjid Bandar Perda..time tu dah 7.15 camtu..apalagi kalut la...Kami just beli ayaq tebu dengan 2 biji murtabak untuk lapik perut. Pas berbuka kami solat maghrib n terus ke Sunway Carnival plak..
"Kalau kat sini pun tadak gak, abang tatau la handbag apa yang niza nak" omel En. AY masa kami park keta n jalan masuk ke Mall. Aku? Renyeh ja...
Sampai ja kat kwsn handbag..mata aku terbeliak...hah...itu dia...mesti dalam ati En. AY kelegaan pas aku kata camtu..hehehe...sori ye dear...pas bayar..sebelum tu En. AY sempat jengah kat Emilio Valentino untuk beli kemeja sehelai untuk hantaran. Cepat ja..
En. AY dan aku meneruskan destinasi ke Sg. Petani...time tu dah pukui 8.55...Cadangnya nak singgah kedai kain Jakel untuk beli kain akad nikah dan tali pinggang En. AY kat Village Mall. Tp bila calculate balik..mmg tak sempat..sampai sana pun dah kui brapa..mesti kalut nak pilih kain lak..jd En. AY pun cancell la plan seterusnya tu...ampun En. AY...lenkali tak buat lagi..hehehe
Masa otw tu En. AY teringat kat member baik dia Muddy yang baru pas buat operation lutut akibat main fustal tu ada kat umah parents dia kat SP. En. AY kata nak singgah sat la..dah alang2 p sana..aku pun setuju ja la..perut pun x berapa lapaq lagi..
Sampai umah si Muddy dah kui 10.00 sembang2 sat 10.30 kami minta diri. Wahhh..lapaq gila time tu...kami singgah makan kat Hotmas. Aku makan bihun tomyam, En. AY plak bihun goreng. Pas makan En. AY pun hantar aku balik...

Thursday, September 11, 2008

Puasa ke 12, Jumaat & Berbuka 'date'...


Salam Ramadhan.
Ari ni merupakan hari ke-12 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah...

Ari ni juga merupakan penghulu segala hari....
Ari ni gak aku telah di'date' lagi oleh En. AY untuk berbuka puasa sama-sama. Ari ni En. AY cuti jadik kami jumpa lepas abih keja ja..rindu la kat En. AY. Tadi pagi En. AY sms dalam kui 11 lebey. En. AY telah selamat menjalani interview perkahwinan di Pejabat Agama. Hehehe..dah lepas la kerisauan En. AY kan...ya lah sebelum ni En. AY kalu free ja sbuk dok study pasai interview tu. Tp bila aku tanya kat dia camna...dia tamao bgtau lg..katanya nak sembang petang ni baru best..entah apa la yg bestnya...En. AY kata lagi ustaz yang interview dia tu bagi ceramah panjang gak dan En. AY juga berjaya menjawab dengan lancar...katanya la..apa pun tunggu petang ni ya..
Aku gak yang lega...sib baik la negeri Kedah belum lagi jalankan interview camtu..tapi bila pikir2 balik, ada baguihnya interview ni. Ya la nak kahwin kan bukan sekadar nak menunaikan sunnah Nabi Muhammad s.a.w saja, tp kena renungkan gak pengisian dalam rumahtangga tu sendiri. Bila dah berkahwin/nikah ni secara automatiknya lelaki menjadi suami dan ketua rumahtangga yang adanya isteri yang memerlukan bimbingan dan juga bakal anak-anak yang tentunya ibarat seperti kain putih yang bakal dicorakkan warnanya...wahhh panjang melebar aku nih..apapun fikir-fikirkan lah..

Gambar Hiasan semata-mata. Gambar ini sebenarnya tiada kaitan ngan tajuk entry ni.

Nota Pena : Entah la..sejak aku kenal En. AY aku dah ada hobi baru daa...nak tau apa. Hobinya adalah suka perhati En. AY makan. Nak tau sebab?? En. AY tu kalau makan macam setahun x jumpa makanan tau dan satu lagi w/pun aku kekenyangan pun boleh jadi lapaq balik sebab cara En. AY makan adalah amat menyelerakan ok...

Wednesday, September 10, 2008

Second time berbuka puasa..

Salam Ramadhan.


Ni kiranya second time aku berbuka ngan tunang tersayang En. AY. Mula kami ronda2 ja kat pasar ramdhan kat bayan baru. Bkn nak beli apapun cuma kuih sebijik dua untuk lapik perut sblm p mkn kat mana2 kedai.
Sampai ja kat situ orang punyalah ramai. Tp kira besaq lg pasar ramadhan kat tmn ria, sg.petani tu..
Kira kalau p situ balik leh pening pala..sbb ramai sgt orang berhimpit-himpit.

Sambung ceta balik..

kami just beli 5 biji popia ja untuk bebuka. Selebihnya cuma mencuci mata, ada gak sorang dua kenalan yg kelihatan sibuk membeli juadah berbuka kat situ..

Lepas tu kami ke tesco extra, saja ja nak abihkan masa sementara masuk waktu berbuka..cuci mata lg..

Pastu dekat kui 7 lebih kami ke Masjid USM. Jalan kat depan sg.2 beli ayaq soya pastu dok la lam keta semnetara nak berbuka. Abih ja berbuka ngan kurma, popia n ayaq soya yg manisssss tu kami pun solat maghrib dulu.

Destinasi seterusnya adalah Queensbay Mall. (En. AY selalu merungut tadak tempat len la kami nak p..agak membosankan dah kat situ...tp apakan daya kat situ sumaaa ada..senang kan)

En. AY teringin nak mkn KFC. Nasi selalu dh mkn katanya..aku? ikut je la..

Pastu kami order 2 snack plate. 1 spicy 1 original ngan cheezy wedges...

Punya la lapaq tak sempat nak snap gmbq...sempai pun time segala makanan telah settle masuk dlm perut...hehehe

ni adlh antara aksi En.AY menghabihkan sisa2 KFCnya...layan je la




ni adalah pinggan En. AY yangg....



Senyuman bahagia En. AY yang kekonyangan..hehehe


"Jemput makan sumaa..." semawa En. AY.

the last but no least..gambaq berdua lebih baik tu...

Nota Pena : Abih ja makan sempat lagi beli beg dompet En. AY untuk hantaran. Survey gak handbag untuk diri sendiri tp tak brapa menarik..cadang pas ni nak ke JJ kat Seberang Perai City.

First time berbuka puasa...

Salam Ramadhan

First time aku berbuka ngan tunang tersayang En. AY....xtvt pertama, p cuci keta..belemoih sgt..masa tu baru kui 5.30 ptg..byk masa lagi kan. Pastu tatau nak p mana, kami pun ke tesco extra kat sg 2. Just jalan-jalan sementara nak berbuka. Dalam pada berjalan tu sempat gak kami beli jam untuk hantaran..mulanya mmg tak rancang pun tp bila masuk kedai jam ja ada discount..apa lagi beli la..apa pun memurah ja. Kena bajet2 tau. Pastu singgah kedai roti/kek beli sandwich tuna untuk berbuka sementara nak p makan kan. Masuk ja time berbuka kami makan sandwich tuna tu sorang skit pastu p solat maghrib kat masjid usm.

Abih ja solat kami ke tanjung. Sebenarnya x decide pun nak mkn kat mana, just2 jalan camtu ja. Sampai kat town En. AY tertiba teringatkan nan tandoori kat kapitan...wahhhh....perut pun dah bunyik grot grot ok..aku iyakan ja la...kami order..bila ja smpai tandoori tu ataih meja...wahhhh...yummmmyy..tak terkata seiring dengan pertu yg bergelora....mana daknya roti nan yang ada cheese kat ataihnya dan ataih cheese plak ada ayam tandoori yang besaq...dengan coleslownya lg...mmg superb gila la...sapa yg tak penah tary meh la sini, tak rugi..tp sayang sgt takdak gmbq pulak yg di snap ari tu...

Sunday, July 13, 2008

OT & Jom Tgk Wayang...

Salam..
Actually ini adalah entry untuk ari sabtu yang lalu..tp baru ari ni berkesempatan tuk nulis kat sini.
Al-kisahnya..aku kurang sihat kebelakangan ni dengan batuk yang masih lagi ada..aku bgn agak lambat ari ni (jumaat-balik keja lmbt) dalam pukui 7.00 pagi. Nasib la coti sembahyang..aku bermalas-malasan la ataih katil. Kalau dah sedar bukannya leh lena pun..k la..cut it short..
Aku siap untuk ke office untuk overtime. Banyak btui keja yang menimbun di pejabat. Perlu siap sebelum bulan hujung bulan ni. Tp memandangkan keadaan batuk aku ni rasa malas pun ada. dalam kira-kira tu aku berangkat gak ke office dengan malasnya. Sebelum bertolak aku telan ubat batuk 2 camca sbb terbatuk2 tak henti-henti. Pastu aku meneruskan perjalanan ke pejabat. Sampai di ofis 12.30 tgahari. Ofismate aku adala beberapa orang yang datang dan tengah buat keja. Aku buat keja pun kiranya dalam keadaan yang separuh sedar..bahana ubat batuk tdi.. sengsara rasanya..nak ja aku letak pala ataih meja..huh..berat sungguh mataku ini..Lebih kurang kui 4, tunang aku call bagitau dia dh abih keja & nak ajak tgk wayang (Hellboy 2). Sebenarnya aku ni bukan seorang kaki wayang gitu..tp memandangkan tunangku itu mmg suka tgk wayang..jadi aku pun terikut lah suka tengok wayang especially klau ngan dia. Satu lagi habit dia kalau tgk wayang aku kat sebelah pun dah x sedaq dah..punya la ralit tgk movie tu..huh..tp yelah..aku kena kongsi minat ngan dia..mcmana dia kongsi minat ngan aku kan..konsep kami senang ja..apa keadaan pun sumanya kena buat sama-sama...okey lah..
Berbalik pada tgk wayang tu...sebelum ni kami tgk Hancock..ceta dia leh thn la..tp tunang aku komen x brapa best..pasni dia nak tgk Hellboy 2 lak..
Kui 4.45 kami dah smpai Queensbay Mall. Park keta n terus tuju tgkt 3. Time tu orang punyalah ramai..kami berdua pun que-up la..sekali tgk tayangan kui 5.00 mmg dah abih la..7.15 pun dah penuh..yg tinggai cuma 9.45 mlm..fuyo..best sgt ka ceta ni..ok la..disebabkan tunang aku teringin sgt nak tgk..ok la..padahal sblm ni kami x penah tgk wayang selewat ni. Pas beli tiket, kami pun jalan-jalan cari makan sampai la ke KFC..pas makan melilau lagi..p BORDER(my fav book store)..masuk jusco..window shopping ja..solat..pastu wayang time..
Movie actually okey.. tp disebabkan letih makan, jalan sana sini membuatkan aku agak letih n ngantuk gila..smpaikan entah mcmna leh terlelap n terskip sana sini movie tu..yg bestnya kaki wayang tu pun terlelap gak..hehehe..ada ka patut (kaki wayang = tunang aku). Hengatkan kaki wayang x tidoq bila tgk movie...heran pun ada..lain la aku ni yang cuma menemani ja kan...mgkn time untuk kami tgk movie lewat sangat kut..overall untuk movie ni okey la...
Aku : Abg, pasai pa abg terlelap tdi? Penat sangat ka?
Tunang aku : Abg pun tatau la niza, gmbq tdi tu best tau..tang action dia tu..tp kan tah cmna la abg leh tetido..terlepas la tang scene action tu..!!!
Aku : Sori la abg, niza pun lelap sama td..hehehe!!
p/s : Moral of the story. Lepas ni kami takkan tengok lagi movie lewat2 mlm...itu belum midnight lagi tu...

Thursday, April 3, 2008

My family..


Insan kesayangan aku selain family...