Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Pertunangan. Show all posts
Showing posts with label Pertunangan. Show all posts

Tuesday, July 8, 2008

Alhamdulillah...

Alhamdulillah....akhirnya selesai satu penantian..tp ada banyak lagi penantian yang bakal aku lalui nanti. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan Insyaallah.

28 Jun 2008
Seawal 6.30 pagi aku dah bangun. Tapi liatnya Tuhan ja yang tau, memandangkan semalaman berjaga menyiapkan hantaran dan persiapan di dapur aku masuk tidur dalam pukul 4.00 pagi. Sisa-sisa ngantuk masih lagi mengiringi aku..aku, ibu, makcik dan maksu bergegas ke pasar untuk membeli keperluan memasak untuk makan tengahari dan kenduri petang nnti.

Sampai ja dirumah, tak duk diam la..kemas itu ini, potong itu ini, buat itu ini...macam-macam la. Dalam pukui 11 pg maksu ajak untuk ambik tempahan roti jala di sungai layar dan terus ke kedai make-up...wah..dalam pala aku berkira2...awainya nak p make-up sedangkan rombongan akan tiba lebih kurang kui 4 ptg.."nnti kalau dah bermake-up, aku mcm tuan puteri gunung jerai la plak..dok seketoi ja, tkyah buat pa2 pn..x leh jdi ni..keja banyak lg yang tak usai." aku berkira2 dlm hati. Aku g tau maksu soh depa p amik dulu roti jala tu lepas kui 2 baru aku p make-up..kat umah tadak sapa nak tolong ibu buat itu ini..nak harapkan makcik sorang siannya kat dia.

Tengahari ni ibu ada buat makan- makan untuk adik beradik. Tetamu mula memenuhi umah aku...antaranya..jiran tetangga, mak cik sekeluarga sebelah abah sekeluarga, tokwan aku, tok ngah suami isteri dan ramai lagi la..sori la buat yang hadir hari tu..tak sempat nak igt semuanya ya..apapun terima kasih atas kehadiran anda ya..

Kalut sana sini melayan tetamu, tengok2 jam dah pukui 1.30..wahhhhh..apa lagi...kelam kabut la menyaipkan diri(mandi) dan solat, makan pun dah tak brapa dan...bayang la..nak ke kedai pun dah amik masa 20 minit..buatnya rombongan sampai awai dari sepatutnya..jenuh depa kena tunggu aku untuk sarung cincin..seandainya terjadinya sebegitu...x dapt aku bayangkan..huhuhu..

Aku ditemani paksu, maksu, 2 cousins kecik aku dan x lupa apek videoman(wah...mau kena sekeh ni kalau pakcik aku tahu sbb apek itu adalah pakcikku..huhu) berangkat ke kedai make-up. Sesampai ja kat sana lega..aku sorang ja..x le kelam kabut..si tukang make-up (Mona) macam tengah menanti ja kedatangan aku..wahhh...jadi kerap dekat2 sejam gak la Mona touch mukaku..tp suspen gak first time nak nengok mukaku ini...wahhh..lain btui la muka aku...lotih gak org yang menemani aku menunggu..sian depa kan..

Mujurla..aku sampai di rumah pukui 4.00 petang sebelum rombongan tiba..selamatttt...akhirnya rombongan tiba dekat kui 5 ptg...time tu rumah dah penuh ngan jiran2 tetangga dan adik beradik...
Setelah sampai perbincangan di jalankan dan aku pun selamat ditunangkan dengan Ahmad Yuzri... doakan semoga jodoh aku berkekalan...insyaalllah..








Wednesday, June 25, 2008

Menanti Saat Itu Tiba...

Assalamualaikum..

Tengok pada tajuk pun dah tau kan apa yang bakal aku coretkan kat sini kan..maybe pada orang lain 'pertunangan' adalah perkara yang kecik amat...tapi tidak bagi aku..sebabnya...dari situ aku menjadi sorang hamba yang lebih bersyukur dari sebelumnya kepada ALLAH SWT. Kiranya aku akan bertunang kembali setelah pertunangan aku yang pertama bak kata orang 'tiada jodoh'...kemudian dalam tempoh tak sampai setahun aku akan diikat semula..bukan aku gah..tp aku benar-benar bersyukur kerana doa tanpa henti yang aku panjatkan ke hadratnya..dimakbulkan..alhamdullillah..moga jodoh aku kekal hingga ke akhir hayat...

Hantaran
Berbalik pada persiapan...bertunang ni rasanya x la sehebat hari kenduri kan..tp sebagai anak sulung..bahang tu terasa jugak...bkn apa..tentang hantaran tu alhamdulillah..tak siap sepenuhnya lagi cuma 80% dapat aku siapkan dengan jayanya..hehehe...

Kenduri
Yang dirisaukan sekarang ni cuma kenduri kecil-kecilan yang akan dibuat tu..walaupun abah dan ibu dah prepare nak buat itu ini...aku takleh la amik mudah ja..kena involve sama..tentang makanan semuanya di kelola oleh ibu...hiasan rumah pun ibu..abah dah sewakan meja makan dan kerusi untuk tetamu...sebut tentang sewa ni..cadangan asalnya nak sewa khemah.tp setelah bincang2 pagi petang siang malam maka ter'cancell' lah cadangan tu. Rumah aku tu corner lot jadi ada ruang la untuk tetamu yang x dpt masuk rumah duduk di luar. Ibu kata dia segan la nnti jiran tetangga ada yang kecik ati bilamana ada sebilangannya x dijemput..nama pun kenduri kecil-kecilan kan...apapun semoga majlis berjalan lancar dan sempurna hendaknya..insyaallah..

Bakal tunanganku...

Alhamdullilah. Hubungan kami berlangsung hampir 7 bulan. Terlalu singkatkah? tapi pengalaman mengajar aku percintaan yang terlalu lama tempohnya belum tentu terjamin sesebuah ikatan perkahwinan pada akhirnya kan. Dalam tempoh ini bermacam warna warni menghiasi perhubungan kami. Juga diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang kala bukan datang dari faktor lain tetapi dari faktor diri masing-masing. Dalam tempoh ini aku banyak mengenali hati budinya..tp sudah tentu bukan sepenuhnya kan..mungkin sebahagian..mungkin juga suku darinya..siapa tahu..tapi aku terasa seakan telah 7 tahun mengenali dirinya..Orang tua-tua kata alam pertunangan banyak cabarannya, tp insyaallah aku akan menjaga hubungan kami sebaik mungkin..buat bakal tunangku...kasihku selalu baru untukmu..cewaaahh..puitisnya..

Stop. cukup sampai disini. Yahooooo..esoknya aku akan mula bercoti-coti malaysia. (coti kemas rumah daaa)...

Penaku berhenti disini...

Thursday, June 19, 2008

Menghitung hari...

Kesian kat blog aku nih...sbbnya empunya diri tiada mood utk menulis sebenarnya..tp skit2 leh la aku cot cet kat sini...

1 week & 1 day more...
Insyaallah..aku sebenarnya dlm debaran utk diikat atas sebuah nama pertunangan. Berdebar-debar bkn kerana takut..tetapi dengan pelbagai rasa yang mana hanya Tuhan Maha Mengetahui. Rasa seronok, takut sikit-sikit, bersyukur semuanya ada dlm hati ni. Tetap rasa yg paling indah adalah bersyukur pada Allah. Setelah melalui pahit manis alam percintaan, aku akan melalui satu lagi proses yang mendekatkan diri aku dengan alam perkahwinan. Jua insyaallah...

Alhamdullillah...bersyukur pada Allah kerana selepas beberapa peristiwa pahit yang aku lalui dlm hidup ni..hari ni aku merasakan segalanya merupakan hikmah atas kejadian yg lalu. Dipertemukan dengan insan yang bernama Ahmad Yuzri membuatkan aku amat2 bersyukur pada Allah swt. Semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat..insyaallah.

Preparation??...huh..macam-macam sebenarnya yang ada dlm pala aku ni. Escpeially tentang hantaran la. Pening pala dibuatnya. Sekarang ni pun tengah belek itu ini..ya lah dh tinggal seminggu ja lagi..apa2 pun aku kekalkan konsep bersederhana tanpa membazir tp cantik..leh gitu..Yang lain2 perkara tu aku serah kat ibu n abah la..mcm..kenduri tu biaq depa ja handle la..apapun ibu banyak memainkan peranan untuk majlis yg bakal berlangsung ni...terima kasih ibu..

Doakan agar semuanya berjalan lancar ya...insyaallah.

Wednesday, June 4, 2008

Counting day by day...

No idea nk nulis kat blog ni buat sementara waktu....i'm now counting a day...to my engagement day...rasa lama la plak...