Friday, February 6, 2009
Mari Ke Taman Negara Pulau Pinang
Thursday, February 5, 2009
Lamb Chop En. AY...
Taadaaaaa....
En. AY pandai masak rupanya. sedap tau.bukan nak puji sbb suami sendiri.tp mmg betui. thumbs up to you my dear..
Bila tanya apa resepinya dia kata. Tak hengat. Dia main campak2 ja...apakah? Ke dia nak rahsiakan resepi dari aku kot..ummmmhh..apa2 ja la..yang penting En. AY made it...
Bismillahhirrohmannirrahim...
Thumbs up suamiku..
Bruppp...alhamdulillah...
Nota Pena : En. AY besa tau masak nasi goreng untuk aku bawak bekal p keja...terbalikkan..apa pun sayang En. AY....muahhhh..
Saturday, January 24, 2009
Bekelah Sambil Memancing...
pack bihun lam tupperware, ayaq, mkn ringan, pinggan mangkuk n bla bla bla..
time tu baru pukui 9.30 pgi..
umpan adalah sotong dan ikan temenung/kembung..
Tgk tu..sampai2 ja terus pegang pancing...semangat btui..
Ralit..
Harus la makan bihun goreng bini masak sebelum ke gelangang memancingkan....
Bekalan makanan. Separuh ja tu...opsss..lupa plak nak buka tutup tupperware tu..
Tengok tu..siap beraga-raga bagai kan. Bukan apa. Senang sekali angkut ja.
Wahhh...skill mau ada..
Renyih la..dapat anak ikan duri ja pun..
Betui la bak kata orang. Memancing ni meralitkan. Tengok tu..bini kat seblah ni pun buat dunno ja...huhuhu..
Dengan segala hormatnya diumumkan...jeng..jeng..hasil tangkapan yang berjaya En. AY perolehi adalah 6 ekor anak ikan duri, 2 ekor ikan gelama dan 1 ekor ikan apa ntah selama lebih kurang 5 jam bertarung di gelanggang memancing. Sekian Karan Sin Walie melaporkan dari Bilik Berita Batu Feringhi...hehehe...
Nota Pena : Herankan tiada gmbaq pemilik blog disertakan. Maaf. Pemiliknya tadak mood la nak bergmbq. Len kali eh...
Saturday, January 17, 2009
Selepas Bergelar Isteri...siri 1
Bak kata orang culture shock..adakah?
Bagi aku hidup yang kita lalui akan jadi mudah sekirannya kita yang memudahkannya. baegitua gak dengan rumahtangga. Sekiranya segala kewajipan terhadap suami kita penuhi dengan penuh keikhlasan hasilnya tentu BAHAGIA.
Rutin. Ternyata rutin harian aku gak turut berubah selepas sah bergelar isteri. Antaranya..
Bangun pagi. Dulu bangun ja terus pikiaq diri sendiri. Sekarang ni bangun pagi perkara pertama ialah suami. Gerakkan suami dan siapkan baju apa dia nak pakai...
Makan. Dulu duduk pulak di rumah keluarga dah tentu makanan ibu yang masak dan siapkan. Sekarang aku perlu fikirkan apa yang akan di masak untuk makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Aduhai...walaupun memasak bukan satu masalah bagi aku tapi menu untuk dimasak tu perlu aku aturkan dan pelbagaikan agar suamiku tak jemu asyik makan makanan itu ja. Mujurlah En. AY bukan cerewet sesangat orangnya. Tp baru dapat dikenalpasti lauk kesukaan En. AY iaitu gulai ikan/kari ikan. Rupanya fav dia tu. Kiranya sepanjang usia perkahwinan kami yang terlalu muda ni....tak terhitung banyaknya aku asyik masak gulai. Mujurlah...aku jenis yang leh kata bolehla buat gulai/kari kalau setakat nak makan 2 3 keluarga..selalu praktik masa zaman anak dara dulu, tanya ibu macamna nak buat gulai yang sedap dan kick...alhamdulillah..En. AY suka sangat kari yang aku masak sampaikan licin satu periuk. Kalau tgk En. AY makan pun takut tau...
Tp lately ni..En. AY dah mula merungut...bukan pasai pa..pasai perut dia dah makin kedepan..baju n seluaq suma dah ketat...salah akukah??? Katanya sebab aku rajin masak tu la puncanya...susahkan rajin masak pun salah tak masak lagi la salah..kata isteri pemalas pulak..tp aku tak amik ati la...kiranya aku pandai jaga perut suami la tu..huhuhu...bagi aku masak ettap masak..cuma kena kontrol skit la makan tu dan kena exercise selalu. Sekarang ni kalau petang2 ja kami mesti naik bukit kat Bukit Jambul atau pun jogging di PISA.
Nota Kaki : Tetiba cheq kering idea la plak...tgk2 jam rupanya dah pukui 12.20..nak kena masak gulai untuk suamiku..hihihi...nnti sambung lagi ya di siri 2...nntikan..wah macam dah promo filem la pulak..
Selepas Bergelar Isteri...
Tuesday, January 13, 2009
Hepi Besday to Me....
Happy Birthday Sayang...
Nota Pena : Saya sayang awak jugak En. AY....
Monday, January 12, 2009
Honeymoon pulak...
Sehari selepas selesai saja majlis dia umah En. AY, kami berangkat untuk honeymoon plak. Tp tak la sampai ke obersea..tp obersea gak la...dekat ja...Langkawi...ntah napa...asal p honeymoon ja mesti org pilih langkawi kan (bg yang budget dlm negera ja la)...alih2 aku pun terpilih Langkawi gak sedangkan mulanya banyak tempak peranginan lain yang kami cadangkan. Aku ceta serba ringkas ja la kan untuk catatan honeymoon nih...kita tgk gmbaq ja lebih kan..jadi..layanzzzzz....
- kami menginap 3h 2m di Langkasuka beach resort. Sib baik la dah booked awai...kalau dak mmg tak dapek la...time tu lak cuti2 skolah semesia...aku rasa Langkawi sendat dan ketat time nih..
- actually kami bertolak dari sp berkonvoi dengan mak teh sefamily yang sama2 bercoti ke sana. Tp kami pilih trip lain2 la...
- Hari 1- bertolak dari kuala kedah 11.30pg sampai di Lgkwi dekat2 pukui 1..lamanya kami kat dlm feri...sengal...
- Sampai di hotel rehat sat, mandi n siap2 ke Oriental Village untuk naik cable car. Petang & malam aktiviti sopping laa...
- Hari 2- kami dah booked untuk pusing2 pulau untuk 4 jam. Cuma 3 pulau - Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besaq (x turun dari bot pun-bg mkn helang ja)...Petang & malam..sopping lagi...
- Hari 3- Just jalan2 dlm resort dan tengahari checkout...
- Walaupun aktiviti biasa ja...tp mmg aku rasa ini betul2 honeymoon yang paling best dlm hidup aku..hihihihi
Bilik yang kami duduk ni ada 2 double bed...huh..bahagia..
Buffet breakfast..





