Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, January 11, 2009

Majlis Bertandang 14/12/08

Ni pula majlis di rumah En. AY....



















































First formal entry untuk tahun 2009...

Salam.
Sekarang ni aku terasa nak update skit gmbq kawen aku pada Sabtu 13/12/2008 yang lepaih..

Alhamdulillah majlis yang serba sederhana tu telah selamat semuanya. Terima kasih buat kengkawan dan sedara mara jauh dan dekat sama-sama hadir meraikan majlis bersejarah aku itu. Tengkiu everybody...apa pun layan la gmbq yang tidak seberapa nih..

bersama hantaran dari pihak aku..

kengkawan ofis...

keluarga...

Makan beradab....

Wahhhh...Salam 2009

Salam 2009.

Akhirnya dapat gak aku update blog aku yang dah lama bersawang nih...
Ucapan..harus lah aku beri ucapankan setelah lama aku meninggalkan blog aku nih..

WELCOME!!! bleh ka camtu....hehehe...sonok punya pasai...

Lastlay, aku rasa x lmbt sgt kut Selamat Tahun Baru 2009 dan Salam Hijrah 1430.

Azam aku?? nnti2 la ceta noooo...

Monday, December 8, 2008

Alhamdulillah...



Salam.
Syukur Ke hadrat Illahi. Pada 29/11/08-3.30 ptg..sah aku bergelar isteri kepada En. AY...Akad Nikah dibuat di Masjid Taman Bandar Baru, Sg. Lalang. Majlis berjalan lancar dengan rombongon En. AY sebanyak 20 biji kereta...


















Tuesday, November 11, 2008

Sekarang Aku....

Salam..

Lama sungguh x update blog aku nih...kesibukan memanjang...tp aku cuma sempat jengah blog kawan2 sahaja. Sekarang ni aku...
  • Tengah demam. Macam2 btul dugaan dekat2 nak nikah ni...
  • Sibuk menyiapkan cenderahti untuk tetamu..banyak lagi blum siap weii..
  • Sibuk ngan tugasan ofis yang melambak-lambak. Nak muntah da..
  • Sibuk update alamat untuk kad jemputan. Ada lagi yang belum bg alamat???
  • Pening pala nak fikir..wana apa yang sesuai untuk cat bilik aku nanti. takkan wona ijau kut..udah la baju pun wona ijau...pening btui..
  • Sibuk jadi mandor untuk En. AY. Check keja2 cat yang dilakukan oleh En. AY untuk rumah kami kat bayan lepas. Hehe..suka sgt la keja check mengechek ni..En. AY sekarang ni dah tadak masa nak p dating ngan aku lagi...huhuhu..

At last but not least...aku sedang menghitung hari2 bahagia itu...semoga segala perancangan kami berdua direstui dan diredhai Allah s.w.t...insyaallah..

Thursday, October 23, 2008

Bizi, Sbuk & Malas..

Salam...
Tajuk entry kali ni mewakili diri aku skrg ni..huhuhu
Bizi....
sbb skrg ni aku ligat menyiapkan persiapan hari bersejarah aku nanti...
al-maklum la..banyak btui persiapannya..
aku update skit2 ttg persiapan majlis aku yer..ttp suka diingatkan bahawa majlis pernikahan & kenduri aku nnti berkonsepkan : amat2 simple & sederhana..
  1. Kad kawin : totally dah siap minggu lepas cuma nak kena lipat itu pastu masukkan dlm sampul.
  2. Senarai tetamu : Sedang dalam proses. Buat kawan-kawan, tunggu ya..cam best ja..hehehe
  3. Hantaran : semuanya dah beli kecuali kain pasang untuk aku dari En. AY. Skrg tgh confius nak beli kain jenis apa. ttp kemarin aku jln2 di tesco tetiba dpt idea untuk beli ja kain songket, abih ceta. Yang penting murah dan cantek. Dan segala macam bentuk hantaran aku serahkan sebulat-bulatnya pada makcik aku. kirannya aku x pyh amik tau dah bab-bab nak gubah hantaran tu cuma bgtau warna ja. En. AY pun dah amik suma hantaran untuk aku (sblm ni bilik aku jd gudang sementara menyimpan hantaran itu). Hantaran = settle.
  4. Catering : Dah tempah masa bulan Ogos ari tu. All included. Khemah, Meja Pengantin, makanan tetamu dan pengantin. Ar-Rahman Catering. Settle.
  5. Venue : Umah aku.
  6. Baju/Make-up : Aku dah booked kat Busana Hanani kat Taman Pekan Baru Sg Petani. Sepasang untuk umah aku & sepasang untuk umah En. AY. Tema Pakaian, taradisional. untuk baju akad nikah, dijahit oleh Cik Tun Tailor. Hehehehe...mana ada..ni ibu aku la..aku bg ibu jahit baju kami berdua.
  7. Dj : Yang ni aku x confirm lg ni...tgk a camna nanti.
  8. Photographer : Aku dah round cari2 photographer, tp takdak yg free suma dah kena booked. Tp aku dah book satu apek videoman a.k.a pakcik aku untuk dua2 majlis tu nnti.
  9. Pelamin/Pengapit : Aku mmg dah set untuk tiadakan pelamin bagi kenduri dua belah pihak. Banyak tul sungutan dari adik-beradik aku sbb aku tak naik pelamin...tp takpa aku jalankan yang wajib dulu kan..jdi..kempunan la adik aku a.k.a oshin untuk jadi pengapit aku nnti...huhuhu...
  10. Cenderahati tetamu : aku buat sendiri khas untuk tetamu yang datang. Jangan tatau..simple ja..tp menyebai jgk la nak siapkan. Ni la bendanya antara yg menjadikan aku kebizian akhir2 ni. Bukan seratus dua aku nak siapkan tp 1+++..jdi..paham2 la...malam2 aku dok kelebek benda alah ni la...tp buat cmna..aku nak ianya istimewa dari hasil tangan aku sendiri untuk tetamu. Special gitu..
  11. Prosedur Perkhawinan : Surat kebenaran kawen En. Ay dah dapat, saksi pun dah ok, tarikh akad nikah dah confirm ngan masjid...cuma tinggai nak submit ke pejabat agama ja ahad ni..
Rasanya tu ja wedding update yang terlintas dalam pala aku saat ini...
Sbuk...
Disamping sbuk menyiapkan persiapan kawen, aku sbuk la ngan tugas-tugas kat pejabat. Al-maklum la skrg dah dekat ujung2 tahun..jd kesibukkannya akan berganda la. Hat ni pun menjdai kerisauan aku, mana taknya kenduri aku nanti pada bulan Disember. Bulan-bulan yang agak kritikal bg tugasan aku...Risau ni..tp kawen tetap kena kawin kan..
Malas...
Hat ni mmg agak ketara pada aku buat masa ni...malas nak buat itu ini..malas nak update blog..tp aku rajin menyinggah ke blog2 fav aku tanpa meninggalkan jejak..bg aku blog ni ibarat story book la..macam cerita ada. hanya kita perlu memilih cerita mana yang kita nak baca...tp satu ja persamaan antara semuanya..adalah REALITI...
Okay la. Malas dah nak update panjang2 ni...tgk tu malas lagik..apa la aku ni...
Nota Pena : Seperti biasa...aku MALAS nak capture gmbq..tatau la smpai bila..

Monday, October 13, 2008

tak habih-habih lagi cerita beraya....

Salam Syawal.
Raya Ke-2
Seawal pagi aku dah bangun menyiapkan diri..
Mana taknya nak kuaq beraya kan..
dah ada janji ngan En. AY..
Nak p beraya di Alor Setar..
rumah member baik smvsp depa la..
aku? ngikut je..
Kui 1 lebey dah otw ke A/staq..
Janji ngan member En. AY (chef shakir)..
Konvoi skali ke a/staq...ikut jln lama...jammed skit sbb org dah kuaq beraya kan..
Sampai umah Arill & Linda dekat kui 3...lupa lak nama taman perumahan tu..
tp dekat mergong la...
Linda jamu bihun sup...
ni la first time jumpa depa..depa ok..friendly..
Depa sebuk ja ngan anak memasing..
Arill & Linda ada sorang (tp lupa la nama anak depa)
Shakir & Razia ada sorang gak (Ris)
En. AY & Aku??? nada lagi (tadak/tiada)...hahahaha..
kami sbuk layan diri memasing ja..leh gitu..
tpi nampak la riak wajah En. AY bila dlm situasi reramai camtu...
cam tringin nak mcm kawan2 dia tu...sian abang kan...!!
Sabar ye...insyaallah...ada rezeki kita nanti ada la yer...
Abih makan, sembang gitu gini
pastu Arill bwk p tgk showhouse kat sebelah Istana Anak Bukit...
Mak aiiihhh...lawa gila umah2 kat situ..padan la ngan harganya...
kalau dpt kawan ngan kerabat ka leh la beli umah kat situ...hehehe.
Pastu kami pun beredar la...
cadangnya nak ke umah opismate..tp dia tadak di a/s plak..
Pastu kami terus ke umah mmber baik aku kat Hutan Kampung...
Beraya...tak lama kat situ...
Singgah sat kat Masjid Al-Bukhari...En. AY solat Asar kat situ...
Aku?? Cuti2 mesia...huhuhu...



penataan cahaya yang kurang jelas akibat dari handpon En. AY yang kurang kualiti...hehehee..







ni plak kat Menara Alor Setar...lepas ja balik dari umah ida (mmber aku)..En. AY dengan baik atinya menawarkan lawatan ke sana memandangkan aku tak penah naik ataih lagi...






time tu dah dekat nak maghrib..jadi x lama la kami kat ataih..
pastu kami pun balik sp...