Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, June 25, 2008

Menanti Saat Itu Tiba...

Assalamualaikum..

Tengok pada tajuk pun dah tau kan apa yang bakal aku coretkan kat sini kan..maybe pada orang lain 'pertunangan' adalah perkara yang kecik amat...tapi tidak bagi aku..sebabnya...dari situ aku menjadi sorang hamba yang lebih bersyukur dari sebelumnya kepada ALLAH SWT. Kiranya aku akan bertunang kembali setelah pertunangan aku yang pertama bak kata orang 'tiada jodoh'...kemudian dalam tempoh tak sampai setahun aku akan diikat semula..bukan aku gah..tp aku benar-benar bersyukur kerana doa tanpa henti yang aku panjatkan ke hadratnya..dimakbulkan..alhamdullillah..moga jodoh aku kekal hingga ke akhir hayat...

Hantaran
Berbalik pada persiapan...bertunang ni rasanya x la sehebat hari kenduri kan..tp sebagai anak sulung..bahang tu terasa jugak...bkn apa..tentang hantaran tu alhamdulillah..tak siap sepenuhnya lagi cuma 80% dapat aku siapkan dengan jayanya..hehehe...

Kenduri
Yang dirisaukan sekarang ni cuma kenduri kecil-kecilan yang akan dibuat tu..walaupun abah dan ibu dah prepare nak buat itu ini...aku takleh la amik mudah ja..kena involve sama..tentang makanan semuanya di kelola oleh ibu...hiasan rumah pun ibu..abah dah sewakan meja makan dan kerusi untuk tetamu...sebut tentang sewa ni..cadangan asalnya nak sewa khemah.tp setelah bincang2 pagi petang siang malam maka ter'cancell' lah cadangan tu. Rumah aku tu corner lot jadi ada ruang la untuk tetamu yang x dpt masuk rumah duduk di luar. Ibu kata dia segan la nnti jiran tetangga ada yang kecik ati bilamana ada sebilangannya x dijemput..nama pun kenduri kecil-kecilan kan...apapun semoga majlis berjalan lancar dan sempurna hendaknya..insyaallah..

Bakal tunanganku...

Alhamdullilah. Hubungan kami berlangsung hampir 7 bulan. Terlalu singkatkah? tapi pengalaman mengajar aku percintaan yang terlalu lama tempohnya belum tentu terjamin sesebuah ikatan perkahwinan pada akhirnya kan. Dalam tempoh ini bermacam warna warni menghiasi perhubungan kami. Juga diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang kala bukan datang dari faktor lain tetapi dari faktor diri masing-masing. Dalam tempoh ini aku banyak mengenali hati budinya..tp sudah tentu bukan sepenuhnya kan..mungkin sebahagian..mungkin juga suku darinya..siapa tahu..tapi aku terasa seakan telah 7 tahun mengenali dirinya..Orang tua-tua kata alam pertunangan banyak cabarannya, tp insyaallah aku akan menjaga hubungan kami sebaik mungkin..buat bakal tunangku...kasihku selalu baru untukmu..cewaaahh..puitisnya..

Stop. cukup sampai disini. Yahooooo..esoknya aku akan mula bercoti-coti malaysia. (coti kemas rumah daaa)...

Penaku berhenti disini...

3 comments:

Unknown said...

slm.hi there.congratz on ur future engagement.pls feel free 2visit us 4auth luxury items @amazing price.auth coach,aigner,AH etc.tq ;)

Niza @ Anis said...

slm.hi there.congratz on ur future engagement.pls feel free 2visit us 4auth luxury items @amazing price.auth coach,aigner,AH etc.tq ;)

http://www.dilzabiz.co.cc

Unknown said...

tahniah...
owhh awak pon dh penah tunang ekk... sama la kita..

bezanya.. sy xwat majlis kedua cam dlu lagi..tiada lg pakaian cantik cam mjlis tunang awak neh..

sy xmo tunang..dlu knal punya lama..tunang dkt 2thn..tp ptus.. so kali ni..sy just trima cincin risik..tunang skali ari nikah nnt.. anyway..thniah... moga Tuhan permudahkan jodoh kita :)