Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, July 27, 2008

Monday Moody...

Salam.

Betui la..aku dilanda monday moody..suma orang camtu ka? Rasa bosan, tatau nak buat pa, blur and bla bla bla.

Actually, mood ari ni mmg tersangatla moody ok...(apa punya ayat da..)
Cerita tentang last weekend plak..rasanya tiada pa2 yang menarik pun..dok aja di rumah kemas rumah, masak skit2 pastu tido...nothing special la..tp dah p daftar untuk kursus kahwin...akhirnyaaaaaa...

Sebenarnya pala otak ni serabut sgt..ngan macam2 masalah..tp ya lah kan..manusia mana yang tak punya masalah..tidak Allah jadikan seseorang manusia itu jika tak diuji keimanannya..betul kan..

Satu lagi bab ttg hati dan perasaan aku ni...aku gaduh ngan En. AY (sebab musababnya terlalu peribadi utk aku kongsi disini ya)....lantas menjadikan aku seorang yang tiada mood di hujung minggu ni...tak baik kan biarkan perasaan ini bermaharajalela dlm diri kan...tp ye la kalau dah gaduh tu tkkn nak gelak ketawa bergumbira plak kan??? Tentula aku sedang dlm kesedihan...tp tak suka la bila gaduh niiiiiiiiiii....cmna la nak explain kat En. AY ni..
Bila gaduh2 ni...terasa rindu la plak..miss him a lot right now!!!!! Tp org kata perhubungan yang teruji dan diuji lebih baik dari tiada pa2 yang berlaku kan..kalau gaduh kita akan lebih mengenali pasangan kita..betul ka? Memasing ada ego tersendiri kan..x nak mengalah..sama2 tengah panas...yang penting...perasaan aku kala ini ialah...
1) Geram
2) Rasa nak marah..tp tak boleh..
3) Nak buat tatau ja..
4) Kecik hati sesangat kat dia
5) Rasa saya ini bukan siapa2 pada dia...(ayat ni dah sll diluahkan pada dia..dia..totally ignore)
6) Sedey..
7) But...I MISS HIM A LOT...
So, gtg. Daripada merepek yang bagai-bagai baik la aku buat apa-apa yang patut dari memikirkan perasaan-perasaan di atas tu kan...

Sunday, July 20, 2008

Penat.........

Salam.


Aku dengan tahap kebosanan yang hampir tiada setelah melalui weekend yang agak ceria...mula la aku mengarang ceta tentang weekend aku yang berwarna-warni tuh. Alih2 time nak post trus kuaq error...bila clik balik butang back..aku dapati KOSONG....geramnyaaaaaa.....mood aku terus tadak....aaaahhhhhhhhh..bosan balikkkkkkkkkk

Friday, July 18, 2008

Salam Jumaat..

Salam.

Ntah kenapa semenjak dua menjak ini aku jadi semakin sensitif dengan orang disekeliling aku. Bukan sensitif apa pun..bak kata orang cepat terasa hati a.k.a cepat majuk. Terutamanya dengan tunang aku..sian dia tp nak buat cmna kan adatlah kut pompuan ni sekuat manapun dia, sensitif itu tetap ada. Wahh..betul ka?
Kekadang kalau kurang perhatian sikit aku akan rasa kecik hati, rasa tidak disayangi dan tidak dicintai oleh orang-orang yang aku sayang. Kekadang tu orang melawak skit ja..aku dah terasa hati..tp orang tatau la aku terasa. Cuma dalam hati tp aku cukup takut perasaan ini akan terbawa-bawa dalam perhubungan kami. Ya Allah peliharalah hubungan kami sehingga ke akhir hayat. Insyaallah...

Monday, July 14, 2008

Bosannya...

Boring..boring dan boring...
Kadang-kadang dalam suatu keadaan dan masa tu
aku akan rasa perasaan sebegini
apa tandanya ha...???
Agaknya rutin seharian aku kut?
Keja yang sama aku buat hari-hari kut?
Orang yang sama aku ngadap muka hari-hari kut?
Apa sebenarnya?
Dulu...
Time aku belajar part-time..
Aku tak sempat pun rasa boring...
Aku penuhkan hari-hari aku ngan keja n belajar 7 hari seminggu..
Tapi time tu aku rasa aku penat sangat belajar & x sabaq nak abihkan...
Sekarang aku dah telebih masa lak...
Mungkin la aku kena cari sesuatu yang interesting bagi diri aku..
Baru la aku bleh padam rasa BOSAN ni kut..
Mungkin...
Sambung belajar lagi?
P bercuti-cuti Malaysia?
Membaca?
Mungkin la..yang penting sekarang ni aku BOSAN...
Ya Allah, jauhkanlah diri aku dari rasa ini. Berikanlah aku keikhlasan dalam yang aku lakukan sehari-hari...

Sunday, July 13, 2008

OT & Jom Tgk Wayang...

Salam..
Actually ini adalah entry untuk ari sabtu yang lalu..tp baru ari ni berkesempatan tuk nulis kat sini.
Al-kisahnya..aku kurang sihat kebelakangan ni dengan batuk yang masih lagi ada..aku bgn agak lambat ari ni (jumaat-balik keja lmbt) dalam pukui 7.00 pagi. Nasib la coti sembahyang..aku bermalas-malasan la ataih katil. Kalau dah sedar bukannya leh lena pun..k la..cut it short..
Aku siap untuk ke office untuk overtime. Banyak btui keja yang menimbun di pejabat. Perlu siap sebelum bulan hujung bulan ni. Tp memandangkan keadaan batuk aku ni rasa malas pun ada. dalam kira-kira tu aku berangkat gak ke office dengan malasnya. Sebelum bertolak aku telan ubat batuk 2 camca sbb terbatuk2 tak henti-henti. Pastu aku meneruskan perjalanan ke pejabat. Sampai di ofis 12.30 tgahari. Ofismate aku adala beberapa orang yang datang dan tengah buat keja. Aku buat keja pun kiranya dalam keadaan yang separuh sedar..bahana ubat batuk tdi.. sengsara rasanya..nak ja aku letak pala ataih meja..huh..berat sungguh mataku ini..Lebih kurang kui 4, tunang aku call bagitau dia dh abih keja & nak ajak tgk wayang (Hellboy 2). Sebenarnya aku ni bukan seorang kaki wayang gitu..tp memandangkan tunangku itu mmg suka tgk wayang..jadi aku pun terikut lah suka tengok wayang especially klau ngan dia. Satu lagi habit dia kalau tgk wayang aku kat sebelah pun dah x sedaq dah..punya la ralit tgk movie tu..huh..tp yelah..aku kena kongsi minat ngan dia..mcmana dia kongsi minat ngan aku kan..konsep kami senang ja..apa keadaan pun sumanya kena buat sama-sama...okey lah..
Berbalik pada tgk wayang tu...sebelum ni kami tgk Hancock..ceta dia leh thn la..tp tunang aku komen x brapa best..pasni dia nak tgk Hellboy 2 lak..
Kui 4.45 kami dah smpai Queensbay Mall. Park keta n terus tuju tgkt 3. Time tu orang punyalah ramai..kami berdua pun que-up la..sekali tgk tayangan kui 5.00 mmg dah abih la..7.15 pun dah penuh..yg tinggai cuma 9.45 mlm..fuyo..best sgt ka ceta ni..ok la..disebabkan tunang aku teringin sgt nak tgk..ok la..padahal sblm ni kami x penah tgk wayang selewat ni. Pas beli tiket, kami pun jalan-jalan cari makan sampai la ke KFC..pas makan melilau lagi..p BORDER(my fav book store)..masuk jusco..window shopping ja..solat..pastu wayang time..
Movie actually okey.. tp disebabkan letih makan, jalan sana sini membuatkan aku agak letih n ngantuk gila..smpaikan entah mcmna leh terlelap n terskip sana sini movie tu..yg bestnya kaki wayang tu pun terlelap gak..hehehe..ada ka patut (kaki wayang = tunang aku). Hengatkan kaki wayang x tidoq bila tgk movie...heran pun ada..lain la aku ni yang cuma menemani ja kan...mgkn time untuk kami tgk movie lewat sangat kut..overall untuk movie ni okey la...
Aku : Abg, pasai pa abg terlelap tdi? Penat sangat ka?
Tunang aku : Abg pun tatau la niza, gmbq tdi tu best tau..tang action dia tu..tp kan tah cmna la abg leh tetido..terlepas la tang scene action tu..!!!
Aku : Sori la abg, niza pun lelap sama td..hehehe!!
p/s : Moral of the story. Lepas ni kami takkan tengok lagi movie lewat2 mlm...itu belum midnight lagi tu...

Wednesday, July 9, 2008

Kursus Perkahwinan????

Salam

Mejengah ke blog liza
http://theycallmeliza.blogspot.com/ tiba-tiba....toingggggg...aku pun belum p kursus kawin lagi...alamakkkkk....maybe aku kena gak p hujung bulan ni atau pun awai bulan depan...

Tuesday, July 8, 2008

Alhamdulillah...

Alhamdulillah....akhirnya selesai satu penantian..tp ada banyak lagi penantian yang bakal aku lalui nanti. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan Insyaallah.

28 Jun 2008
Seawal 6.30 pagi aku dah bangun. Tapi liatnya Tuhan ja yang tau, memandangkan semalaman berjaga menyiapkan hantaran dan persiapan di dapur aku masuk tidur dalam pukul 4.00 pagi. Sisa-sisa ngantuk masih lagi mengiringi aku..aku, ibu, makcik dan maksu bergegas ke pasar untuk membeli keperluan memasak untuk makan tengahari dan kenduri petang nnti.

Sampai ja dirumah, tak duk diam la..kemas itu ini, potong itu ini, buat itu ini...macam-macam la. Dalam pukui 11 pg maksu ajak untuk ambik tempahan roti jala di sungai layar dan terus ke kedai make-up...wah..dalam pala aku berkira2...awainya nak p make-up sedangkan rombongan akan tiba lebih kurang kui 4 ptg.."nnti kalau dah bermake-up, aku mcm tuan puteri gunung jerai la plak..dok seketoi ja, tkyah buat pa2 pn..x leh jdi ni..keja banyak lg yang tak usai." aku berkira2 dlm hati. Aku g tau maksu soh depa p amik dulu roti jala tu lepas kui 2 baru aku p make-up..kat umah tadak sapa nak tolong ibu buat itu ini..nak harapkan makcik sorang siannya kat dia.

Tengahari ni ibu ada buat makan- makan untuk adik beradik. Tetamu mula memenuhi umah aku...antaranya..jiran tetangga, mak cik sekeluarga sebelah abah sekeluarga, tokwan aku, tok ngah suami isteri dan ramai lagi la..sori la buat yang hadir hari tu..tak sempat nak igt semuanya ya..apapun terima kasih atas kehadiran anda ya..

Kalut sana sini melayan tetamu, tengok2 jam dah pukui 1.30..wahhhhh..apa lagi...kelam kabut la menyaipkan diri(mandi) dan solat, makan pun dah tak brapa dan...bayang la..nak ke kedai pun dah amik masa 20 minit..buatnya rombongan sampai awai dari sepatutnya..jenuh depa kena tunggu aku untuk sarung cincin..seandainya terjadinya sebegitu...x dapt aku bayangkan..huhuhu..

Aku ditemani paksu, maksu, 2 cousins kecik aku dan x lupa apek videoman(wah...mau kena sekeh ni kalau pakcik aku tahu sbb apek itu adalah pakcikku..huhu) berangkat ke kedai make-up. Sesampai ja kat sana lega..aku sorang ja..x le kelam kabut..si tukang make-up (Mona) macam tengah menanti ja kedatangan aku..wahhh...jadi kerap dekat2 sejam gak la Mona touch mukaku..tp suspen gak first time nak nengok mukaku ini...wahhh..lain btui la muka aku...lotih gak org yang menemani aku menunggu..sian depa kan..

Mujurla..aku sampai di rumah pukui 4.00 petang sebelum rombongan tiba..selamatttt...akhirnya rombongan tiba dekat kui 5 ptg...time tu rumah dah penuh ngan jiran2 tetangga dan adik beradik...
Setelah sampai perbincangan di jalankan dan aku pun selamat ditunangkan dengan Ahmad Yuzri... doakan semoga jodoh aku berkekalan...insyaalllah..