Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, March 19, 2009

Simptom..

Salam.
Lamanya x update blog kan. Biasa la. Dengan alah ibu2 mengandung nih..serasa nak ngadap pc cam segan ja. Melawat blog2 fav tu ada la.
Simptom ibu2 mengandung rupa-rupanya tak dapat lari dari aku menghadapinya. Bukan di kalangan orang bertuah la aku nih..
Makan.
Loya .
Muntah.
Diulang perkara yang sama seharian.
Apapun aku bersyukur kerana dapt merasai pengalamannya walaupun pahit..tp akhirnya pasti manis kan...

Dan apa pun jua cabaran segalanya akan aku tempuhi untuk anakku tersayangkan..

Nota Pena : Buat anakku, insyaallah apa jua yang pahit tetap ummi hadapi untukmu...jadi bertahan la di dalam ya demi ummi.

Wednesday, March 4, 2009

Dinner sempana Aniversary Ke 3 bulan


Nota Pena : Malas nak cerita. Layan gambaq ja lah ya.

Sambungan entry yang lalu..

Kan aku ada mention pasai hadiah kat entry yang lepas...
Ni la nak ulas skit tentang hadiah tu...



Alhamdulillah...
Akhirnya Tuhan bagi rezeki pada usia perkahwinan kami yang ke 3 bulan...


Line tu x clear sangat sbb masih baru.
Memula seakan x percaya ja. Aku try guna pregnancy test 1/3/09. Tunjuk kat En. AY..
Aku : Abg nah...!!!
En. AY : 'Apa nih...??' Sambil tengok kerut2 kat dahi.
Aku : Tu la result dia. Kalau satu line tu x pregnant. Kalau dua line tu +ve pregnant.
SEMINIT....
En. AY : Alhamdulillah....syukur...
Adegan seterusnya adalah dot..dot..ya...pepaham ja la..

Seterusnya aku masih rasa tak puas ati.
Pagi keesokkan arinya aku ke klinik USM. Nak dapatkan ubat batuk. Batuk aku x baik2 dah dekat 2 minggu. Time masuk bilik doktor tu pas minta ubat batuk, doc pun tanya ada pa2 lagi masalah ka. Terus aku bgtau period aku dah lewat seminggu dan badan aku sakit dari pinggang ke kaki. Dia minta aku buat UPT kat makmal tingkat atas. Ok. Aku pun buat test tu dan duduk kat bangku depan makmal untuk tunggu result. Aku sorang ja kat situ. Pastu nama aku dipanggil. Depa senyum2 kat aku. Positif. Yeay... Dan lagi kena interview ngan akak tu...tanya bila kawin, baby no brapa, rasa camna, mesti asben rasa sonok, ucap tahniah la...mcm2 la...

Pastu aku kena g jumpa doc balik. Doc pun senyum2. Tahniah katanya. Pastu dia tanya aku bila last period. Pastu amik benda alah apa ntah. Lebih kurang cam board kecik. Ada anak 2 panah atas board tu. Dia pusing2 anak panah tu. Pastu dia bagi due date aku. Insyaallah 8/11/2009. Pastu dia kata nasib baik bgtau kata aku missperiod kalau dak dia nak bagi ubat batuk yang agak kuat sbb batuk dah lama dengan ubat antibiotik. Disebabkan aku pregnant dia cuma bagi ubat batuk yang light tanpa antibiotik. Doc bgtau lagi kalau makan antiobiotik kemungkinan baby boleh gugur...nauzubillahi min zalik...

Apapun baby masih baru dan belum kuat. Doc bagi vitamin untuk aku makan tip2 ari. Pastu kena jaga pemakanan.

Nota Pena : Kalau aku buat kontes pasal entry Alhamdulillah, pemenangnya mesti mrs syediz ngan monamie. Yeay...Doakan ya kawan-kawan!!! Semoga aku selamat sehingga melahirkan 'En. AY Junior'. Insyaallah...


Sunday, March 1, 2009

Alhamdullillah...

Pejam celik..pejam celik..dah tiga bulan rupanya usia perkahwinan kami.
Alhamdullilah..aku dah ada special gift untuk hadiah anivessary ke 3 bulan ni untuk En. AY....

Nak tahu apa hadiahnya...nantikan...
Apapun bila dapat ja hadiah tu En. AY renyih sehari suntuk...apakah???

Nota Pena : Rasanya hadiah ni lebih bermakna dari apa segala yang ada didunia nih kan...