Saturday, January 24, 2009

Bekelah Sambil Memancing...

Al-kisahnya..
Bangun pepagi takda pa2 aktiviti selain masak sarapan n basuh baju...jd..
tetiba En. AY ajak berkelah...aku apa lagi...terus siap2...
kebetulan baru ja selesai goreng bihun untuk sarapan..
pack bihun lam tupperware, ayaq, mkn ringan, pinggan mangkuk n bla bla bla..
time tu baru pukui 9.30 pgi..
En . AY plak nak singgah beli alatan memancing n umpan..
umpan adalah sotong dan ikan temenung/kembung..
Venue adalah di satu port kat Batu Feringhi. Cuaca plak time kami sampai tu hujan renyai2. Walaupun hujan aktiviti tetap diteruskan. Orang pun dah agak ramai time tu.






Tgk tu..sampai2 ja terus pegang pancing...semangat btui..


Ralit..



Harus la makan bihun goreng bini masak sebelum ke gelangang memancingkan....

Bekalan makanan. Separuh ja tu...opsss..lupa plak nak buka tutup tupperware tu..

Tengok tu..siap beraga-raga bagai kan. Bukan apa. Senang sekali angkut ja.

Wahhh...skill mau ada..

Renyih la..dapat anak ikan duri ja pun..

Betui la bak kata orang. Memancing ni meralitkan. Tengok tu..bini kat seblah ni pun buat dunno ja...huhuhu..

Dengan segala hormatnya diumumkan...jeng..jeng..hasil tangkapan yang berjaya En. AY perolehi adalah 6 ekor anak ikan duri, 2 ekor ikan gelama dan 1 ekor ikan apa ntah selama lebih kurang 5 jam bertarung di gelanggang memancing. Sekian Karan Sin Walie melaporkan dari Bilik Berita Batu Feringhi...hehehe...

Nota Pena : Herankan tiada gmbaq pemilik blog disertakan. Maaf. Pemiliknya tadak mood la nak bergmbq. Len kali eh...

Saturday, January 17, 2009

Selepas Bergelar Isteri...siri 1

Masih lagi dalam tajuk entry yang semacam ini.
Bak kata orang culture shock..adakah?
Bagi aku hidup yang kita lalui akan jadi mudah sekirannya kita yang memudahkannya. baegitua gak dengan rumahtangga. Sekiranya segala kewajipan terhadap suami kita penuhi dengan penuh keikhlasan hasilnya tentu BAHAGIA.

Rutin. Ternyata rutin harian aku gak turut berubah selepas sah bergelar isteri. Antaranya..

Bangun pagi. Dulu bangun ja terus pikiaq diri sendiri. Sekarang ni bangun pagi perkara pertama ialah suami. Gerakkan suami dan siapkan baju apa dia nak pakai...

Makan. Dulu duduk pulak di rumah keluarga dah tentu makanan ibu yang masak dan siapkan. Sekarang aku perlu fikirkan apa yang akan di masak untuk makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Aduhai...walaupun memasak bukan satu masalah bagi aku tapi menu untuk dimasak tu perlu aku aturkan dan pelbagaikan agar suamiku tak jemu asyik makan makanan itu ja. Mujurlah En. AY bukan cerewet sesangat orangnya. Tp baru dapat dikenalpasti lauk kesukaan En. AY iaitu gulai ikan/kari ikan. Rupanya fav dia tu. Kiranya sepanjang usia perkahwinan kami yang terlalu muda ni....tak terhitung banyaknya aku asyik masak gulai. Mujurlah...aku jenis yang leh kata bolehla buat gulai/kari kalau setakat nak makan 2 3 keluarga..selalu praktik masa zaman anak dara dulu, tanya ibu macamna nak buat gulai yang sedap dan kick...alhamdulillah..En. AY suka sangat kari yang aku masak sampaikan licin satu periuk. Kalau tgk En. AY makan pun takut tau...

Tp lately ni..En. AY dah mula merungut...bukan pasai pa..pasai perut dia dah makin kedepan..baju n seluaq suma dah ketat...salah akukah??? Katanya sebab aku rajin masak tu la puncanya...susahkan rajin masak pun salah tak masak lagi la salah..kata isteri pemalas pulak..tp aku tak amik ati la...kiranya aku pandai jaga perut suami la tu..huhuhu...bagi aku masak ettap masak..cuma kena kontrol skit la makan tu dan kena exercise selalu. Sekarang ni kalau petang2 ja kami mesti naik bukit kat Bukit Jambul atau pun jogging di PISA.

Nota Kaki : Tetiba cheq kering idea la plak...tgk2 jam rupanya dah pukui 12.20..nak kena masak gulai untuk suamiku..hihihi...nnti sambung lagi ya di siri 2...nntikan..wah macam dah promo filem la pulak..

Selepas Bergelar Isteri...

Dengaq ja tajuk entry rasa semacam plak. Sebenarnya bukan apa nak bercerita tentang kehidupan setelah bergelar seorang isteri kepada En. AY. Alhamdulillah dalam menempuh usia perkahwinan yang baru 1 bulan, 2 minggu dan 6 hari ni kami bahagia juga dalam pada masa yang sama untuk saling mengenalli diri masing-masing. Kata orang waktu bercinta lain dan lepas berkahwin pula lain. Rasanya tak dapat dinafikan benda tu kerana perkongsian dua orang yang berbeza jantina, identiti dan perwatakan. Terpulang kepada pasangan bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing.
First sekali selepas En. AY melafazkan ijab dan qabul aku terpana setika. Sudah bergelar sorang isteri rupanya aku ini. Terbayang banyak tanggungjawab yang akan aku pikul selepas ini. Banyak juga keputusan yang bakal aku buat perlu memikirkan kesan baik buruk kepada suami. Segala perbuatan aku memerlukan keizinan suami. Bolehkah aku menyesuaikan diri? Alhamdulillah suamiku banyak memberi tunjuk ajar dalam pada kami berkahwin. Segalanya memerlukan perbincangan dua pihak. Kadangkala bila ada perselisihan pendapat perlu cara yang bijak untuk mengatasinya. Juga dalam perbezaan pendapat yang mana memasing ingin dengan pendapat masing-masing. Kala ini aku mengiyakan nasihat kawan-kawan yang sudah berumahtangga tentang perkahwinan ada kala manis ada kalanya pahit. Mungkin kala usia perkahwinan kami ini segalanya manis-manis belaka....adakah? Lepas setahun, 2 tahun, 5 tahun?? Apapun doa aku dan suami agar bahagia kami berkekalan hingga ke akhir usia dan bertemu pula di alam abadi..
Insyaallah..

Tuesday, January 13, 2009

Hepi Besday to Me....


Walaupun entry ni nampaknya agak basi..tp aku nak gak ceta kat sini...

Al-kisahnya besday aku yang jatuh btui2 pada Hari Christmas 25/12/08. Oleh itu aku telah isytiharkan hari tersebut sebagai CUTI UMUM semalaya....hihihi...
En. AY kena keja ari tu dan agak malang la bagi aku yang mendapat sakit mata. Hadiah sempena besday aku la tu...takpa..sakit kan bole mengurangkan dosa2 kecik kita..aku terima ja...

Tp menjelang 12.00 mlm-24/12/08...En. AY telah bikin suprise kat aku...tq so much dear...ceta bebunyi begini...hari tu En. AY informkan aku yang dia dah beli peti ais untuk umah kami. Jadi peti ais akan sampai pada petang tu gak. Alhamdulillah..pas ni takyah la beli bahan mentah ari2 memandangkan dah ada peti ais nih. Aku pun keja ari tu dan balik agak lewat gak la. Pas balik dari keja aku singgah di Tesco untuk beli ikan, udang dan sayur mayur. Sesampai ja di rumah En. AY sms bgtau dia dah lekat ngan pita pelekat pintu peti ais tu supaya aku tak buka pintunya. Bertujuan agar tahap kesejukan peti ais tu bertahan lama dan telah dipesan oleh org yang juai peti ais tu. Aku pun ok ja. Dalam pukui 10.00 mlm, adikku dan bf dia mai ke rumah. Belikan burger untuk aku. Dia pesan aku takyah masak pa2, biar dia beli makanan untuk mkn malam. Lepak2 n sembang2, 11.00 mlm En. AY pun balik dari keja...semakin rancak la sembang2 tadi...

Jeng2 part yang best pun sampai (best bagi aku la..org len aku tatau la..mgkn part biasa..)...dalam pada kami bersembang2 tu..En. AY menghilangkan diri..terperasan sat..tp aku sambung balik la sembang sumbang ngan adik & bf dia..tup tup tap..En. AY mai dari belakang sambil nyanyi lagu Hepi Besday....sambil lg bawak kek berlilin...wahhhh...sooooo sweeeeeetttt la my dear nih...tu yang sayang selalu nih...hihihi..Dengan keadaan aku yang agak terpana seketika plus terharu biru..aku tiup lilin tu & bagi satu kiss yang hangat kat En. AY (weii..kiss di pipi saja tau...ada ka nak buat romantis2 depan adik aku ngan bf dia)..Ropa2nya..dlm peti ais yang ada tape tu rupanya ada kek besday aku..patut la heran masa En. AY balik keja aku tgk tadak plak dia pegang apa2 kan...anyway...itu hadiah bermakna buat aku...tambah plak kek fav aku tu..iaitu CHOCOLATE INDULGENCE dari Secret Recipe...fuhhhh...sila la meleleh ayaq liur ya kengkawan...hehehe...
Gambaq kek sempat disnap dlm dua versi...satu...versi berlilin...dua..versi tanpa lilin....gmbq tiup lilin n potong kek...nehi nehi..tidak la boleh di paparkan di sini kerana tesangat la tidak menutup aurat...hihi...

Happy Birthday Sayang...


Nota Pena : Saya sayang awak jugak En. AY....

Monday, January 12, 2009

Honeymoon pulak...

Salam.


Sehari selepas selesai saja majlis dia umah En. AY, kami berangkat untuk honeymoon plak. Tp tak la sampai ke obersea..tp obersea gak la...dekat ja...Langkawi...ntah napa...asal p honeymoon ja mesti org pilih langkawi kan (bg yang budget dlm negera ja la)...alih2 aku pun terpilih Langkawi gak sedangkan mulanya banyak tempak peranginan lain yang kami cadangkan. Aku ceta serba ringkas ja la kan untuk catatan honeymoon nih...kita tgk gmbaq ja lebih kan..jadi..layanzzzzz....

  • kami menginap 3h 2m di Langkasuka beach resort. Sib baik la dah booked awai...kalau dak mmg tak dapek la...time tu lak cuti2 skolah semesia...aku rasa Langkawi sendat dan ketat time nih..
  • actually kami bertolak dari sp berkonvoi dengan mak teh sefamily yang sama2 bercoti ke sana. Tp kami pilih trip lain2 la...
  • Hari 1- bertolak dari kuala kedah 11.30pg sampai di Lgkwi dekat2 pukui 1..lamanya kami kat dlm feri...sengal...
  • Sampai di hotel rehat sat, mandi n siap2 ke Oriental Village untuk naik cable car. Petang & malam aktiviti sopping laa...
  • Hari 2- kami dah booked untuk pusing2 pulau untuk 4 jam. Cuma 3 pulau - Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besaq (x turun dari bot pun-bg mkn helang ja)...Petang & malam..sopping lagi...
  • Hari 3- Just jalan2 dlm resort dan tengahari checkout...
  • Walaupun aktiviti biasa ja...tp mmg aku rasa ini betul2 honeymoon yang paling best dlm hidup aku..hihihihi

Sonoknya En. AY...honeymoon la katakan..

Bilik yang kami duduk ni ada 2 double bed...huh..bahagia..
Muka ceria ataih feri...


Buffet breakfast..


Gunung Mat Cincang


Wahhhh...santek tak pemandangan...




Best ooooo.....





Time tu berangin gila..sejuk..tgk muka En. AY tahan angin...







Ataih bot...


Pulau Dayang Bunting





Peace...



Nampak dak betapa ramainya org kat ataih pelantar tu...


Pulau Beras Basah





Tulisan En. AY : Yuzri love Marniza


kukukakiku....








































Sunday, January 11, 2009

Majlis Bertandang 14/12/08

Ni pula majlis di rumah En. AY....



















































First formal entry untuk tahun 2009...

Salam.
Sekarang ni aku terasa nak update skit gmbq kawen aku pada Sabtu 13/12/2008 yang lepaih..

Alhamdulillah majlis yang serba sederhana tu telah selamat semuanya. Terima kasih buat kengkawan dan sedara mara jauh dan dekat sama-sama hadir meraikan majlis bersejarah aku itu. Tengkiu everybody...apa pun layan la gmbq yang tidak seberapa nih..

bersama hantaran dari pihak aku..

kengkawan ofis...

keluarga...

Makan beradab....