Dengaq ja tajuk entry rasa semacam plak. Sebenarnya bukan apa nak bercerita tentang kehidupan setelah bergelar seorang isteri kepada En. AY. Alhamdulillah dalam menempuh usia perkahwinan yang baru 1 bulan, 2 minggu dan 6 hari ni kami bahagia juga dalam pada masa yang sama untuk saling mengenalli diri masing-masing. Kata orang waktu bercinta lain dan lepas berkahwin pula lain. Rasanya tak dapat dinafikan benda tu kerana perkongsian dua orang yang berbeza jantina, identiti dan perwatakan. Terpulang kepada pasangan bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing.
First sekali selepas En. AY melafazkan ijab dan qabul aku terpana setika. Sudah bergelar sorang isteri rupanya aku ini. Terbayang banyak tanggungjawab yang akan aku pikul selepas ini. Banyak juga keputusan yang bakal aku buat perlu memikirkan kesan baik buruk kepada suami. Segala perbuatan aku memerlukan keizinan suami. Bolehkah aku menyesuaikan diri? Alhamdulillah suamiku banyak memberi tunjuk ajar dalam pada kami berkahwin. Segalanya memerlukan perbincangan dua pihak. Kadangkala bila ada perselisihan pendapat perlu cara yang bijak untuk mengatasinya. Juga dalam perbezaan pendapat yang mana memasing ingin dengan pendapat masing-masing. Kala ini aku mengiyakan nasihat kawan-kawan yang sudah berumahtangga tentang perkahwinan ada kala manis ada kalanya pahit. Mungkin kala usia perkahwinan kami ini segalanya manis-manis belaka....adakah? Lepas setahun, 2 tahun, 5 tahun?? Apapun doa aku dan suami agar bahagia kami berkekalan hingga ke akhir usia dan bertemu pula di alam abadi..
Insyaallah..
No comments:
Post a Comment