Kesian kat blog aku nih...sbbnya empunya diri tiada mood utk menulis sebenarnya..tp skit2 leh la aku cot cet kat sini...
1 week & 1 day more...
Insyaallah..aku sebenarnya dlm debaran utk diikat atas sebuah nama pertunangan. Berdebar-debar bkn kerana takut..tetapi dengan pelbagai rasa yang mana hanya Tuhan Maha Mengetahui. Rasa seronok, takut sikit-sikit, bersyukur semuanya ada dlm hati ni. Tetap rasa yg paling indah adalah bersyukur pada Allah. Setelah melalui pahit manis alam percintaan, aku akan melalui satu lagi proses yang mendekatkan diri aku dengan alam perkahwinan. Jua insyaallah...
Alhamdullillah...bersyukur pada Allah kerana selepas beberapa peristiwa pahit yang aku lalui dlm hidup ni..hari ni aku merasakan segalanya merupakan hikmah atas kejadian yg lalu. Dipertemukan dengan insan yang bernama Ahmad Yuzri membuatkan aku amat2 bersyukur pada Allah swt. Semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat..insyaallah.
Preparation??...huh..macam-macam sebenarnya yang ada dlm pala aku ni. Escpeially tentang hantaran la. Pening pala dibuatnya. Sekarang ni pun tengah belek itu ini..ya lah dh tinggal seminggu ja lagi..apa2 pun aku kekalkan konsep bersederhana tanpa membazir tp cantik..leh gitu..Yang lain2 perkara tu aku serah kat ibu n abah la..mcm..kenduri tu biaq depa ja handle la..apapun ibu banyak memainkan peranan untuk majlis yg bakal berlangsung ni...terima kasih ibu..
Doakan agar semuanya berjalan lancar ya...insyaallah.
1 comment:
takpe..bertunang tu kire teeny weeny bit je obstacle die..huhu once dah lepas bertunang and nak perah pale otak nak pk camne nak kumpul duit lagi utk kawin tu yg pening gile
Post a Comment