Salam...
Tajuk entry kali ni mewakili diri aku skrg ni..huhuhu
Bizi....
sbb skrg ni aku ligat menyiapkan persiapan hari bersejarah aku nanti...
al-maklum la..banyak btui persiapannya..
aku update skit2 ttg persiapan majlis aku yer..ttp suka diingatkan bahawa majlis pernikahan & kenduri aku nnti berkonsepkan : amat2 simple & sederhana..
- Kad kawin : totally dah siap minggu lepas cuma nak kena lipat itu pastu masukkan dlm sampul.
- Senarai tetamu : Sedang dalam proses. Buat kawan-kawan, tunggu ya..cam best ja..hehehe
- Hantaran : semuanya dah beli kecuali kain pasang untuk aku dari En. AY. Skrg tgh confius nak beli kain jenis apa. ttp kemarin aku jln2 di tesco tetiba dpt idea untuk beli ja kain songket, abih ceta. Yang penting murah dan cantek. Dan segala macam bentuk hantaran aku serahkan sebulat-bulatnya pada makcik aku. kirannya aku x pyh amik tau dah bab-bab nak gubah hantaran tu cuma bgtau warna ja. En. AY pun dah amik suma hantaran untuk aku (sblm ni bilik aku jd gudang sementara menyimpan hantaran itu). Hantaran = settle.
- Catering : Dah tempah masa bulan Ogos ari tu. All included. Khemah, Meja Pengantin, makanan tetamu dan pengantin. Ar-Rahman Catering. Settle.
- Venue : Umah aku.
- Baju/Make-up : Aku dah booked kat Busana Hanani kat Taman Pekan Baru Sg Petani. Sepasang untuk umah aku & sepasang untuk umah En. AY. Tema Pakaian, taradisional. untuk baju akad nikah, dijahit oleh Cik Tun Tailor. Hehehehe...mana ada..ni ibu aku la..aku bg ibu jahit baju kami berdua.
- Dj : Yang ni aku x confirm lg ni...tgk a camna nanti.
- Photographer : Aku dah round cari2 photographer, tp takdak yg free suma dah kena booked. Tp aku dah book satu apek videoman a.k.a pakcik aku untuk dua2 majlis tu nnti.
- Pelamin/Pengapit : Aku mmg dah set untuk tiadakan pelamin bagi kenduri dua belah pihak. Banyak tul sungutan dari adik-beradik aku sbb aku tak naik pelamin...tp takpa aku jalankan yang wajib dulu kan..jdi..kempunan la adik aku a.k.a oshin untuk jadi pengapit aku nnti...huhuhu...
- Cenderahati tetamu : aku buat sendiri khas untuk tetamu yang datang. Jangan tatau..simple ja..tp menyebai jgk la nak siapkan. Ni la bendanya antara yg menjadikan aku kebizian akhir2 ni. Bukan seratus dua aku nak siapkan tp 1+++..jdi..paham2 la...malam2 aku dok kelebek benda alah ni la...tp buat cmna..aku nak ianya istimewa dari hasil tangan aku sendiri untuk tetamu. Special gitu..
- Prosedur Perkhawinan : Surat kebenaran kawen En. Ay dah dapat, saksi pun dah ok, tarikh akad nikah dah confirm ngan masjid...cuma tinggai nak submit ke pejabat agama ja ahad ni..
Rasanya tu ja wedding update yang terlintas dalam pala aku saat ini...
Sbuk...
Disamping sbuk menyiapkan persiapan kawen, aku sbuk la ngan tugas-tugas kat pejabat. Al-maklum la skrg dah dekat ujung2 tahun..jd kesibukkannya akan berganda la. Hat ni pun menjdai kerisauan aku, mana taknya kenduri aku nanti pada bulan Disember. Bulan-bulan yang agak kritikal bg tugasan aku...Risau ni..tp kawen tetap kena kawin kan..
Malas...
Hat ni mmg agak ketara pada aku buat masa ni...malas nak buat itu ini..malas nak update blog..tp aku rajin menyinggah ke blog2 fav aku tanpa meninggalkan jejak..bg aku blog ni ibarat story book la..macam cerita ada. hanya kita perlu memilih cerita mana yang kita nak baca...tp satu ja persamaan antara semuanya..adalah REALITI...
Okay la. Malas dah nak update panjang2 ni...tgk tu malas lagik..apa la aku ni...
Nota Pena : Seperti biasa...aku MALAS nak capture gmbq..tatau la smpai bila..
1 comment:
wahh. seronoknya semua dah siap segala. saya satu apa pun tak buat lagi.
Post a Comment