Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, September 11, 2008

Puasa ke 12, Jumaat & Berbuka 'date'...


Salam Ramadhan.
Ari ni merupakan hari ke-12 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah...

Ari ni juga merupakan penghulu segala hari....
Ari ni gak aku telah di'date' lagi oleh En. AY untuk berbuka puasa sama-sama. Ari ni En. AY cuti jadik kami jumpa lepas abih keja ja..rindu la kat En. AY. Tadi pagi En. AY sms dalam kui 11 lebey. En. AY telah selamat menjalani interview perkahwinan di Pejabat Agama. Hehehe..dah lepas la kerisauan En. AY kan...ya lah sebelum ni En. AY kalu free ja sbuk dok study pasai interview tu. Tp bila aku tanya kat dia camna...dia tamao bgtau lg..katanya nak sembang petang ni baru best..entah apa la yg bestnya...En. AY kata lagi ustaz yang interview dia tu bagi ceramah panjang gak dan En. AY juga berjaya menjawab dengan lancar...katanya la..apa pun tunggu petang ni ya..
Aku gak yang lega...sib baik la negeri Kedah belum lagi jalankan interview camtu..tapi bila pikir2 balik, ada baguihnya interview ni. Ya la nak kahwin kan bukan sekadar nak menunaikan sunnah Nabi Muhammad s.a.w saja, tp kena renungkan gak pengisian dalam rumahtangga tu sendiri. Bila dah berkahwin/nikah ni secara automatiknya lelaki menjadi suami dan ketua rumahtangga yang adanya isteri yang memerlukan bimbingan dan juga bakal anak-anak yang tentunya ibarat seperti kain putih yang bakal dicorakkan warnanya...wahhh panjang melebar aku nih..apapun fikir-fikirkan lah..

Gambar Hiasan semata-mata. Gambar ini sebenarnya tiada kaitan ngan tajuk entry ni.

Nota Pena : Entah la..sejak aku kenal En. AY aku dah ada hobi baru daa...nak tau apa. Hobinya adalah suka perhati En. AY makan. Nak tau sebab?? En. AY tu kalau makan macam setahun x jumpa makanan tau dan satu lagi w/pun aku kekenyangan pun boleh jadi lapaq balik sebab cara En. AY makan adalah amat menyelerakan ok...

No comments: