Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, January 17, 2009

Selepas Bergelar Isteri...siri 1

Masih lagi dalam tajuk entry yang semacam ini.
Bak kata orang culture shock..adakah?
Bagi aku hidup yang kita lalui akan jadi mudah sekirannya kita yang memudahkannya. baegitua gak dengan rumahtangga. Sekiranya segala kewajipan terhadap suami kita penuhi dengan penuh keikhlasan hasilnya tentu BAHAGIA.

Rutin. Ternyata rutin harian aku gak turut berubah selepas sah bergelar isteri. Antaranya..

Bangun pagi. Dulu bangun ja terus pikiaq diri sendiri. Sekarang ni bangun pagi perkara pertama ialah suami. Gerakkan suami dan siapkan baju apa dia nak pakai...

Makan. Dulu duduk pulak di rumah keluarga dah tentu makanan ibu yang masak dan siapkan. Sekarang aku perlu fikirkan apa yang akan di masak untuk makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Aduhai...walaupun memasak bukan satu masalah bagi aku tapi menu untuk dimasak tu perlu aku aturkan dan pelbagaikan agar suamiku tak jemu asyik makan makanan itu ja. Mujurlah En. AY bukan cerewet sesangat orangnya. Tp baru dapat dikenalpasti lauk kesukaan En. AY iaitu gulai ikan/kari ikan. Rupanya fav dia tu. Kiranya sepanjang usia perkahwinan kami yang terlalu muda ni....tak terhitung banyaknya aku asyik masak gulai. Mujurlah...aku jenis yang leh kata bolehla buat gulai/kari kalau setakat nak makan 2 3 keluarga..selalu praktik masa zaman anak dara dulu, tanya ibu macamna nak buat gulai yang sedap dan kick...alhamdulillah..En. AY suka sangat kari yang aku masak sampaikan licin satu periuk. Kalau tgk En. AY makan pun takut tau...

Tp lately ni..En. AY dah mula merungut...bukan pasai pa..pasai perut dia dah makin kedepan..baju n seluaq suma dah ketat...salah akukah??? Katanya sebab aku rajin masak tu la puncanya...susahkan rajin masak pun salah tak masak lagi la salah..kata isteri pemalas pulak..tp aku tak amik ati la...kiranya aku pandai jaga perut suami la tu..huhuhu...bagi aku masak ettap masak..cuma kena kontrol skit la makan tu dan kena exercise selalu. Sekarang ni kalau petang2 ja kami mesti naik bukit kat Bukit Jambul atau pun jogging di PISA.

Nota Kaki : Tetiba cheq kering idea la plak...tgk2 jam rupanya dah pukui 12.20..nak kena masak gulai untuk suamiku..hihihi...nnti sambung lagi ya di siri 2...nntikan..wah macam dah promo filem la pulak..

1 comment:

Nana said...

rajin niza ek. huhuhu. nana lepas kawin dulu masak ler gak simple2. tp ms awal2 preggie aritu cm jd mls plak. tp slalu msk simple je sbb lepas balik keje cm letih kan. grg2 ape yg ptt ckp. hihihi. bagus la suami makin berisi, baru org kata pndi jaga suami. ye tak ? ;P