Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, February 22, 2009

Hidangan Tengahari Sabtu..

Pagi-pagi, lepas subuh aku & En. AY bertolak ke Tangjung Asam. Tanjung Asam lagi...Misi kali ni cuma nak teman kan SIL aku sebab dia yang beria nak mencari siput. FIL ada sekali. Ayah, Mak, Wani, Wana & Baby Akif. Tapi kali ini aku tak ikut turut serta ke dalam laut. Cuma En. AY dan Wana saja. Aku bersantai2 pagi ja ngan ayah, wani dan Akif. Mak masuk sekejap laut pastu naik balik. Time tu plak ayaq pasang jadi siput pun tak berapa ada. Hasilnya agak kurang memuaskan. Sampai pukul 10 tu kira dah siap2 nak balik. FIL x singgah umah kami sebab nak hantaq Wana balik asrama petang tu.

On-the-way balik ke umah singgah untuk beli ayam goreng. Balik tu terus ja masak nasi dan En. AY goreng siput.


Tadaa..ini ja hidangan makan tengahari kami..simple tp sedap..

Nota Pena : Aku punya tugas letak nasi. Abih ja En. AY masak siput bila buka periuk nasi nak hidang tengok2 nasi x masak daaa..opppsss..aku lupa nak tekan suis. Time tu En. AY dah tak tahan sangat nak makan...hehehe..ampun ya...

Wednesday, February 18, 2009

Gulai Oh Gulai...

Pepagi lagi..buka aja mata dalam kepala mmg set nak buat gulai untuk En. AY makan tengahari. En. AY kan keja malam, jadi...balik tentu nak tdoq dan tengaharinya nak makan. Aku pun prepare la bahan nak buat gulai...




Tumisan..

Masak rempah biar sampai hilang bau..

Dah siap..

Nota Pena : Lupa lak nak snap gmbaq bahan. I'm sorry..

Boikot Movie???

Petang balik dari keja. Dilanda keboringan yang amat. En. AY sekali sekala mengoffer kalau-kalau aku nak tengok wayang. Memula tu juai mahai lagi. Lama-lama buat tu tak kena buat ni pun tak kena, dok sana x kena dok sini xkena. Aku & En. AY terus siap. Yeaaaa..nak tengok wayang!!!

Queesnbay lagiii..lagi lagi Queensbay kan..
Nak buat cmna situ selesa nak tgk wayang. Sampai ja terus ke GSC. Terpacak dua-dua orang kami depan tu. Pilih lak nak tengok ceta apa. Lama gak kami dok cangak sana sini. Bua perhitungan la katakan. Time dah pukul 7.40. Dah banyak yang terlepas. Yang ada semuanya kui 9 lebih. En. AY pulak keja malam. Tu yang buat perhitungan lama sangat. Kira pi kira mai En. AY kata dia leh masuk lambat sikit.

Nak tengok movie apa pun satu hal.
Nak tgk Geng : Upin & Ipin rasa cam tadak mood nak tgk animasi. Cadang kalau kuaq DVD nak tangkap satu. Leh tgk ulang-ulang kat umah. Hehehe...

Last-last terpilih la movie ni..tak perasan lagi..masa masuk dalam panggung tu baru sedar bila tgk 20th Century tu...alamak..aku bisik pelan2 kat En.AY





Aku : Abang, filem 20th century ni bukan ka kita kena boikot???
En. AY : Ya la. Tp nak buat camna dah terbeli dan tertengok...hehehe..
Aku : ????

Bila aku tengok sekeliling orang melayu ramai gak bleh kata sama ngan bilangan kaum lain. Kurang skit la rasa bersalah tu kan...walaupun sampai abih movie ni perasaan bersalah tatap ado...adoyai nabil...i'm sorry (amir raja lawak)...

Nota Pena : Nak komen skit filem ni bleh???...hehe..kesimpulannya ceta ni 5 bintang. Sebab jalan cetanya langsung x membuatkan aku ngantuk walaupun penat. Story mory dia pun smooth tapi berkesan. The ending sangatlah terharu....

Monday, February 16, 2009

Jalan-jalan cari KFC

Kemarin pas balik ja dari keja. En. AY jemput.
Ari isnin plak agak membosankan aku kat tmpt keja. Tadak mood.

Tapi lepas ja jemput aku En AY terus bawak p Queensbay Mall. Lama tak kesitu katanya. Bagus gak tu. Leh aku cuci2 mata hilangkan bosan yang ada. Jalan punya jalan punya jalan..tp tak beli papun. Just window shoppping ja. Al-maklum la tengah bulan kan.

Agak sejam lebih gak la jalan2 kat Queensbay Mall dari kedai ke kedai, dari tingkat ke tingkat lain. Lenguh gak la kaki. Mana dengan high heelnya kan, Queensbay pun bleh tahan besaq nya (sapa2 yang penah p tau la kan). Nak tengok wayang takut tak sempat sbb En. AY keja malam. Teringin sangat nak tgk Geng : Upin & Ipin tu..ramai yang cakap best..

Tetiba terlalu la depan KFC...wahhhh...baunya...sedapnyaaa....En. AY mcm paham ja signal tu...terus la masuk. Tadak org pun time tu. Tak kisah la..lagi senang kami nak menikmati hingga ke titisan ayam yang terakhir (apakah ayat ini..???)..

Aku ingat nak makan seketui ja. Tp En. AY kata..dah lama kita tak makan. Makan la puas2...Alang2 dah order En. AY order Snack Plate Spicy untuk dia dan Snack Plate yang ada nasi untuk aku..wowwww.....

Akan tetapi..disebabkan terlampau ghairah menikmati oohh..ayam goreng...(ikut slang Ipin) maka tiada lah gambaq yang berjaya di snap.



Nota Pena : Tedappppp

Sunday, February 15, 2009

Tag - 6th (Tag By Huda)



Go to your photos folder in your computer.Go to the 6th folder of photos.Go to the 6th picture in that folder.Put the picture on your blog and description of it.Invite six friends to join the challenge.Link them in your blog and let them know they have been challenged.
so, this is the result.

Pict pertama kami bersama..blur sikit...but i loike...time tu En. AY nampak kurus skit...

Nota Pena : Emmm..nak tag sapa ya..ok..abg mie, che ya, mrs. bob, cik wanie dan jumie..eh..tak cukup sorang lagi..emm...sapa2 ja la yang rajin..


Rinduku Terubat..

Napa ngan tajuk nih...

Rindu pada ibu, abah, adik-adik, rumah sp, mak, ayah, adik-adik ipar, anak sedaraku rumah kg... segalanya telah terubat. Maknanya last weeken aku balik ke SP n Pmtg Pauh ngan En. AY. Spend dua hari untuk rehat2 di kg dan jalan2 ke umah sedara mara. Penat. Tp seronok..
Dan...
Arini aku agak kemalasan a.k.a liat untuk bekerja kerana mengenangkan dua hari yang x puas aku nikmati..
bersama-sama orang yang aku sayang..



Wednesday, February 11, 2009

Aktiviti Di Tanjung Asam

Nak tau aktiviti apa??

Ahad lepas, pas En. AY balik keja ptg tu tatau nak buat pa. Tetiba aku teringat ceta En. AY kat aku tentang Tanjung Asam. Tentang aktiviti mencari siput kat pantai tu. Kebanyakkan orang tempatan akan tunggu ayaq surut dan korek pasir untuk dapatkan siput/remis. Menarikkan. Macam pesta En. AY kata. Emmm..dan dan tu aku ajak En. AY p cari siput kat sana. Apalagi kami pun bersiap diri dan pekakas untuk cari siput.

Antara pekakasnya :
1. Cangkul parit (aluminium) - kebanyakan org guna "spork" (entah betui ka dak aku eja nih..tp camtu la sebutan dia) 'Spork' ni org guna untuk cedok tanah/pasir kat tapak pembinaan rumah. Tp En. AY cuma guna cangkul parit ja.
2. Raga jarang untuk tapis pasir.
3. Bekas kabus/polisterin - untuk isi siput

Tanpa melengah2 lengahkan masa kami pun terjah ke lokasinya yang terletak di Teluk Kumbar. Rasanya ni first time aku ke situ. Park keta. Tapi orang time tu, fuyoo..punyalah ramai. Parking keta pun penuh main letak2 tepi umah orang. Yang menjuai makanan pun tak kurang ramainya. Memang leh bikin bisnes la. Turun dari keta En. AY kata...'Alamak yang!! Ayaq pasang laa...' pastu sambung lagi 'Takpa la kita buat cara ayaq pasang'. Aku x dapat imagine la camna caranya cari siput time ayaq pasang. Yang aku tau masa cari siput kat belakang rumah arwah tokwan dulu just dok kat gigi ayaq pastu korek la pasir untuk cari siput.

Rupanya En. AY bawa aku redah ja ayaq laut sehingga paras dada. Aku x bantah la. Membontot ja belakang En. AY sbb aku ni tatau berenang. Harapkan En. AY ja. Cara cari siput nih. En. AY korek pasir dari dalam laut ngan cangkul tanah tu dan bubuh dalam raga tapis yang aku pegang. Keja aku lak duduk menempek tepi En. AY goncang2 raga tapis pastu nampak la siput2 dalam raga tu. Pastu masuk la siput2 tu dlm polisterin. Wahhh senangnya. Cuma bila dalam aya barau aku terperasan yang aku dah ada dalam ayaq laut. Sedangkan aku tak penah mandi laut selama lebih 15 tahun. Aku ni fobia mandi laut. Tetiba bila beraktiviti camni jadi sonok plak. Mungkin aku berani pun sbb ada En. AY. Dia asyik monitor aku agar x jauh dari dia. Mana la tau kot2 aku terhanyut ke tengah laut kan...

Kira-kira hampir 3 jam pencarian siput. Kami berjaya bawak balik setengah polisterin. Kira banyak la untuk kami makan berdua kan.



Close up gambaq siput/remis

Banyak tak? En. AY dah rendam ngan cabai kering dan halia untuk buang selut dan pasir dari siput.

Nota Pena : Lepas kawin ni mcm2 aktiviti yg En. AY perkenalkan kat aku...hehehe..

Friday, February 6, 2009

Mari Ke Taman Negara Pulau Pinang

Petang 28 February 2009.

Tak dak pa aktiviti nak di buat petang tu.

Jadi aku lets go En. AY ke Taman Negara Pulau Pinang kat Teluk Bahang.

Ini la first time aku n En. AY ke situ.

Tp kami prepare pakai baju sport sbb rasanya jalan nak ke sana tu agak mencabar.

Apa pun happening kat situ.

Ada tempat berkelah, sesuai untuk memancing dan jungle tracking...best.

Ada juga laluan kanopi yang mana ada jambatan gantung dari pokok ke pokok.

Cuma time kami p tu tengah renovation jadi ianya ditutup. Frust gak la..



Tembamnya aku..



Belakang tu Monkey Beach. Sebenarnya perjalanan jauh lagi. Tp kami hanya sampai kat situ saja memandangkan hari dah nak gelap.

Sebelum monkey beach ada tempat kajian USM kat situ.


Nota Pena : Buat pa la p mkn angin jauh2 negeri sendiri pun tak abih lagi jelajah kan...fyi..masa kami hiking kat dalam ni selisih dengan ramai mat saleh n minah saleh...Welcome To Malaysia..Peaceful Country..

Thursday, February 5, 2009

Lamb Chop En. AY...

En. AY ambik aku dari tempat keja dan straight away balik ke umah. Sesampai ja. En. AY soh aku mandi n dia masuk dapur. Dengaq la bunyi orang memasak bagai. Bila dah siap2 ja pastu p jenguk En. AY kat dapur....

Taadaaaaa....
En. AY pandai masak rupanya. sedap tau.bukan nak puji sbb suami sendiri.tp mmg betui. thumbs up to you my dear..

Bila tanya apa resepinya dia kata. Tak hengat. Dia main campak2 ja...apakah? Ke dia nak rahsiakan resepi dari aku kot..ummmmhh..apa2 ja la..yang penting En. AY made it...

Bismillahhirrohmannirrahim...
Tgk tu..presentation kurang kemas skit..
Lamb chop for 2 please..



Thumbs up suamiku..

Bruppp...alhamdulillah...

Nota Pena : En. AY besa tau masak nasi goreng untuk aku bawak bekal p keja...terbalikkan..apa pun sayang En. AY....muahhhh..