Wednesday, February 18, 2009

Boikot Movie???

Petang balik dari keja. Dilanda keboringan yang amat. En. AY sekali sekala mengoffer kalau-kalau aku nak tengok wayang. Memula tu juai mahai lagi. Lama-lama buat tu tak kena buat ni pun tak kena, dok sana x kena dok sini xkena. Aku & En. AY terus siap. Yeaaaa..nak tengok wayang!!!

Queesnbay lagiii..lagi lagi Queensbay kan..
Nak buat cmna situ selesa nak tgk wayang. Sampai ja terus ke GSC. Terpacak dua-dua orang kami depan tu. Pilih lak nak tengok ceta apa. Lama gak kami dok cangak sana sini. Bua perhitungan la katakan. Time dah pukul 7.40. Dah banyak yang terlepas. Yang ada semuanya kui 9 lebih. En. AY pulak keja malam. Tu yang buat perhitungan lama sangat. Kira pi kira mai En. AY kata dia leh masuk lambat sikit.

Nak tengok movie apa pun satu hal.
Nak tgk Geng : Upin & Ipin rasa cam tadak mood nak tgk animasi. Cadang kalau kuaq DVD nak tangkap satu. Leh tgk ulang-ulang kat umah. Hehehe...

Last-last terpilih la movie ni..tak perasan lagi..masa masuk dalam panggung tu baru sedar bila tgk 20th Century tu...alamak..aku bisik pelan2 kat En.AY





Aku : Abang, filem 20th century ni bukan ka kita kena boikot???
En. AY : Ya la. Tp nak buat camna dah terbeli dan tertengok...hehehe..
Aku : ????

Bila aku tengok sekeliling orang melayu ramai gak bleh kata sama ngan bilangan kaum lain. Kurang skit la rasa bersalah tu kan...walaupun sampai abih movie ni perasaan bersalah tatap ado...adoyai nabil...i'm sorry (amir raja lawak)...

Nota Pena : Nak komen skit filem ni bleh???...hehe..kesimpulannya ceta ni 5 bintang. Sebab jalan cetanya langsung x membuatkan aku ngantuk walaupun penat. Story mory dia pun smooth tapi berkesan. The ending sangatlah terharu....

No comments: