Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, February 11, 2009

Aktiviti Di Tanjung Asam

Nak tau aktiviti apa??

Ahad lepas, pas En. AY balik keja ptg tu tatau nak buat pa. Tetiba aku teringat ceta En. AY kat aku tentang Tanjung Asam. Tentang aktiviti mencari siput kat pantai tu. Kebanyakkan orang tempatan akan tunggu ayaq surut dan korek pasir untuk dapatkan siput/remis. Menarikkan. Macam pesta En. AY kata. Emmm..dan dan tu aku ajak En. AY p cari siput kat sana. Apalagi kami pun bersiap diri dan pekakas untuk cari siput.

Antara pekakasnya :
1. Cangkul parit (aluminium) - kebanyakan org guna "spork" (entah betui ka dak aku eja nih..tp camtu la sebutan dia) 'Spork' ni org guna untuk cedok tanah/pasir kat tapak pembinaan rumah. Tp En. AY cuma guna cangkul parit ja.
2. Raga jarang untuk tapis pasir.
3. Bekas kabus/polisterin - untuk isi siput

Tanpa melengah2 lengahkan masa kami pun terjah ke lokasinya yang terletak di Teluk Kumbar. Rasanya ni first time aku ke situ. Park keta. Tapi orang time tu, fuyoo..punyalah ramai. Parking keta pun penuh main letak2 tepi umah orang. Yang menjuai makanan pun tak kurang ramainya. Memang leh bikin bisnes la. Turun dari keta En. AY kata...'Alamak yang!! Ayaq pasang laa...' pastu sambung lagi 'Takpa la kita buat cara ayaq pasang'. Aku x dapat imagine la camna caranya cari siput time ayaq pasang. Yang aku tau masa cari siput kat belakang rumah arwah tokwan dulu just dok kat gigi ayaq pastu korek la pasir untuk cari siput.

Rupanya En. AY bawa aku redah ja ayaq laut sehingga paras dada. Aku x bantah la. Membontot ja belakang En. AY sbb aku ni tatau berenang. Harapkan En. AY ja. Cara cari siput nih. En. AY korek pasir dari dalam laut ngan cangkul tanah tu dan bubuh dalam raga tapis yang aku pegang. Keja aku lak duduk menempek tepi En. AY goncang2 raga tapis pastu nampak la siput2 dalam raga tu. Pastu masuk la siput2 tu dlm polisterin. Wahhh senangnya. Cuma bila dalam aya barau aku terperasan yang aku dah ada dalam ayaq laut. Sedangkan aku tak penah mandi laut selama lebih 15 tahun. Aku ni fobia mandi laut. Tetiba bila beraktiviti camni jadi sonok plak. Mungkin aku berani pun sbb ada En. AY. Dia asyik monitor aku agar x jauh dari dia. Mana la tau kot2 aku terhanyut ke tengah laut kan...

Kira-kira hampir 3 jam pencarian siput. Kami berjaya bawak balik setengah polisterin. Kira banyak la untuk kami makan berdua kan.



Close up gambaq siput/remis

Banyak tak? En. AY dah rendam ngan cabai kering dan halia untuk buang selut dan pasir dari siput.

Nota Pena : Lepas kawin ni mcm2 aktiviti yg En. AY perkenalkan kat aku...hehehe..

2 comments:

mrs.syediz said...

macam best ja kutip siput!
tanjung asam kt mana niza?

umi zikry zafry said...

Mmg best. BAru ni p lagi sbb nak bwk siput balik kg. Wah..lumayan..penuh polisterin..

Tangjung Asam tu kat Teluk Kumbar, P.Pinang.

Kalau ke p.pinang..sudi-sudikan lah ke sini ya...