Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, September 11, 2008

Cerita Tentang HIV Test...

Al-kisahnya,
En. AY dah pun buat HIV test untuk bakal pengantin tu pada hari isnin. Kebetulan En. AY tak keja (aku keja ari tu), jd dia pun p la buat test tu kat Klinik Kesihatan kat Seberang Jaya. Abih ja buat test tu, En. AY mengadu kat aku katanya test tu sakit la..depa amik darah kat pergelangan tangan dengan jarum untuk orang derma darah tu....aku yang dengaq ni apalagi..berderau la darah membayang kan camna lak nasib aku ni. Aku ni leh dikategorikan sebagai seorang yang penakut. Pastu dia siap pesan lagi kat aku. Masa cucuk tu jgn jerit tau sebab nanti malu kat orang lain, tp kalau nak jerit gak tunggu pas kuaq dari klinik....ayat2 ni dah cukup membayangkan betapa seriaunya aku...adoyaiiii...
Pastu, ari rabu berikutnya aku amik masa office ke klinik untuk HIV test tu dengan di temani En. AY. Kami pun ke Klinik Kesihatan Bayan Baru. Aku melangkah ngan penuh debaran. Masa lam keta tu otak aku dok pikiaq macam2 la...terbayang batang jarum, cara depa nak cucuk kat lengan aku, guna ubat kebas ka dak..suma tu dok ada time tu. Bila ja aku hulurkan borang nurse kat situ kata kena mai sebelah petang dalam pukui 2 camtu...bila tgk jam baru kui 11. Aku dah malas nak masuk opis pastu nak kuaq balik...renyah la..
Jadi En. AY cadangkan p ke Klinik Kesihatan Bayan Lepas ja...aku pun ok ja la..
Sampai ja kat sana orang punya ramai...aku pun p kat kaunter pendaftaran. Pastu nurse tu tunjukkan soh aku p kat Bahagian Ibu dan Anak. Muka aku time tu mmg serius gila la. Sampaikan En. AY kata masa nurse tu tunjukkan tempat tu kat aku mata aku cam terbeliak ja...serius dia gelak kat aku...benci la..
Kami pun p la kat bahagian tu, dalam tempat tu kira ramai gak la ibu yang bawak baby depa. Aku serah ja borang kat nurse bhgn tu. Pastu aku duduk la sebelah En. AY tanpa sepatah kata...nervous gila time tu...En. AY plak dok sembang ngan member dia yang kebetulan bawak anak dia untuk dicucuk. Sesekali En. AY bisik kat aku "ramai orang ni..jgn jerit tau" sembil senyum2 kat aku...hampeh tul...orang tengah ketaq ni..masa tu la perut aku pun rasa nak memulas la...adoyaiiii..teruknya aku ni...
Jeng..jeng..jengggg...
Nama aku pun dipanggil. Aku ngan lemah gemalainya p la kat nurse tu then dia bawak aku masuk satu bilik, kiranya bilik tu bertentang ngan tempat menunggu di mana En. AY ku itu menanti dengan setianya...huhuhu..Nurse tu soh aku duduk...jantung aku time tu jgn ceta la kalau leh terkeluaq jenuh gak nak ligan tu.....hehehe..aku pun duduk..dari tempat duduk aku tu aku cuma nampak kaki En. AY sebab badannya terlindung skit..baguih gak tu..kalau En. AY nampak muka aku nnti sure aku malu gila nih..bahan gelak ketawa nanti...
Nurse tu pun bwk keluar la satu kotak tu...tertulis kat kotak tu HIV Test. Dari kotak tu plak ada plastik kecil. Aku tengok ja..nurse tu koyakkan dan bawak keluaq satu persatu alat dari plastik tu...Aku dok ternanti-nanti gak...dalam ati aku dok tanya la mana la jarumnya ni...Dah abih, nurse tu pun buang la plastik tu dalam bakul sampah...tp yang herannya dalam banyak2 alatan yang dia bawak keluaq dari plastik tu tadak satu pun mata jarum aku nampak...Nurse tu minta tangan aku...dia picit2 jari tangan aku dan sapu dengan kapas basah (mgkn ubat kebas kut)...dah tu dia amik satu benda plastik tu bentuk empat segi kecik ja..mcm pengasah pencil ja wana coklat..terus dia 'tap' kat jari aku....cehhhhhh....&&**#@#@$@$@$@^&^%%#%
Ni rupanya jarum yang En. AY takut-takutkan aku tu....
Aku pandang depan..cuma nampak kaki En. AY ja...ishhhh geramnyaaaa ati aku ni tuhan ja yang tahu..rasa nak p cekik2 En. AY time tu gak...kaki tu rasanya nak aku kepak-kepak 2 ja tau (tp dlm ati ja tu..hakikatnya aku sayang banget kat En. AY, mana la aku sanggup nak buat camtu kan..kan..kan)
Settle suma aku pun kuaq p kat En. AY dengan senyum riang campur geram...En. AY gelak2 kecik ja kat aku sbb dia musti segan nak gelak besaq depan member dia dan nurse-nurse yang comei2 belaka tu..macho la konon...huh..nyampah aku...
Pastu sementara tunggu keputusan dan borang aku tu aku dok menyepi la sebelah En. AY. Dia dok sembang lagi ngan member dia tu...
Dapat ja keputusan dari bilik pemeriksaan tu aku dengan ayu + sopan + senyum simpul ajak En. AY segera beredar dari tempat tu untuk aku %$&#&#&#*$*%^$&#& kat dia...hehehehe..tutup ja pintu Klinik tu aku apalagi buka mukadimah la ...*#^@$!#!$^^%*R&%*%^%@#^%$ kat En. AY...dia plak gelak semau-maunya...chitt..aku telah diperdaya oleh tunangku sendiri (cewahh..cam ayat frust cinta ja camtu..)
Nota Pena : Moral Of The Story Mory....ternyata aku merupakan insan yang lurus bendul dan teraniaya..leh gitu...apa pun selesai satu bab..ada banyak lagi bab yang menanti dihadapan...Keputusan bagi pemeriksaan pula...alhamdulillah aku dan En. AY bebas dari HIV.

3 comments:

Anonymous said...

eh cepat jugak dah buat HIV test ek? korang bakal kawin tak lama lagi ke?

umi zikry zafry said...

Mieza, ikut perancangannya..insyaallah akad nikah bulan 11 ni dan kenduri bulan 12. itu la yang nak kena settle cepat2...

Anonymous said...

hehehe...abg gelak gak dgn kelurusan bendul niza ni...hihi.
Abg pelik gak memula tu bila En.AY cakap jarum macam derma darah!
kedua-dua jenis jarum tu abg dah rasa...tapi masa guna jarum 'plastik' tu abg paling cuak, tak tau kenapa!