Syukur Ke hadrat Illahi. Pada 29/11/08-3.30 ptg..sah aku bergelar isteri kepada En. AY...Akad Nikah dibuat di Masjid Taman Bandar Baru, Sg. Lalang. Majlis berjalan lancar dengan rombongon En. AY sebanyak 20 biji kereta...
Monday, December 8, 2008
Alhamdulillah...
Syukur Ke hadrat Illahi. Pada 29/11/08-3.30 ptg..sah aku bergelar isteri kepada En. AY...Akad Nikah dibuat di Masjid Taman Bandar Baru, Sg. Lalang. Majlis berjalan lancar dengan rombongon En. AY sebanyak 20 biji kereta...
Tuesday, November 11, 2008
Sekarang Aku....
Lama sungguh x update blog aku nih...kesibukan memanjang...tp aku cuma sempat jengah blog kawan2 sahaja. Sekarang ni aku...
- Tengah demam. Macam2 btul dugaan dekat2 nak nikah ni...
- Sibuk menyiapkan cenderahti untuk tetamu..banyak lagi blum siap weii..
- Sibuk ngan tugasan ofis yang melambak-lambak. Nak muntah da..
- Sibuk update alamat untuk kad jemputan. Ada lagi yang belum bg alamat???
- Pening pala nak fikir..wana apa yang sesuai untuk cat bilik aku nanti. takkan wona ijau kut..udah la baju pun wona ijau...pening btui..
- Sibuk jadi mandor untuk En. AY. Check keja2 cat yang dilakukan oleh En. AY untuk rumah kami kat bayan lepas. Hehe..suka sgt la keja check mengechek ni..En. AY sekarang ni dah tadak masa nak p dating ngan aku lagi...huhuhu..
At last but not least...aku sedang menghitung hari2 bahagia itu...semoga segala perancangan kami berdua direstui dan diredhai Allah s.w.t...insyaallah..
Thursday, October 23, 2008
Bizi, Sbuk & Malas..
- Kad kawin : totally dah siap minggu lepas cuma nak kena lipat itu pastu masukkan dlm sampul.
- Senarai tetamu : Sedang dalam proses. Buat kawan-kawan, tunggu ya..cam best ja..hehehe
- Hantaran : semuanya dah beli kecuali kain pasang untuk aku dari En. AY. Skrg tgh confius nak beli kain jenis apa. ttp kemarin aku jln2 di tesco tetiba dpt idea untuk beli ja kain songket, abih ceta. Yang penting murah dan cantek. Dan segala macam bentuk hantaran aku serahkan sebulat-bulatnya pada makcik aku. kirannya aku x pyh amik tau dah bab-bab nak gubah hantaran tu cuma bgtau warna ja. En. AY pun dah amik suma hantaran untuk aku (sblm ni bilik aku jd gudang sementara menyimpan hantaran itu). Hantaran = settle.
- Catering : Dah tempah masa bulan Ogos ari tu. All included. Khemah, Meja Pengantin, makanan tetamu dan pengantin. Ar-Rahman Catering. Settle.
- Venue : Umah aku.
- Baju/Make-up : Aku dah booked kat Busana Hanani kat Taman Pekan Baru Sg Petani. Sepasang untuk umah aku & sepasang untuk umah En. AY. Tema Pakaian, taradisional. untuk baju akad nikah, dijahit oleh Cik Tun Tailor. Hehehehe...mana ada..ni ibu aku la..aku bg ibu jahit baju kami berdua.
- Dj : Yang ni aku x confirm lg ni...tgk a camna nanti.
- Photographer : Aku dah round cari2 photographer, tp takdak yg free suma dah kena booked. Tp aku dah book satu apek videoman a.k.a pakcik aku untuk dua2 majlis tu nnti.
- Pelamin/Pengapit : Aku mmg dah set untuk tiadakan pelamin bagi kenduri dua belah pihak. Banyak tul sungutan dari adik-beradik aku sbb aku tak naik pelamin...tp takpa aku jalankan yang wajib dulu kan..jdi..kempunan la adik aku a.k.a oshin untuk jadi pengapit aku nnti...huhuhu...
- Cenderahati tetamu : aku buat sendiri khas untuk tetamu yang datang. Jangan tatau..simple ja..tp menyebai jgk la nak siapkan. Ni la bendanya antara yg menjadikan aku kebizian akhir2 ni. Bukan seratus dua aku nak siapkan tp 1+++..jdi..paham2 la...malam2 aku dok kelebek benda alah ni la...tp buat cmna..aku nak ianya istimewa dari hasil tangan aku sendiri untuk tetamu. Special gitu..
- Prosedur Perkhawinan : Surat kebenaran kawen En. Ay dah dapat, saksi pun dah ok, tarikh akad nikah dah confirm ngan masjid...cuma tinggai nak submit ke pejabat agama ja ahad ni..
Monday, October 13, 2008
tak habih-habih lagi cerita beraya....
Mana taknya nak kuaq beraya kan..
penataan cahaya yang kurang jelas akibat dari handpon En. AY yang kurang kualiti...hehehee..
ni plak kat Menara Alor Setar...lepas ja balik dari umah ida (mmber aku)..En. AY dengan baik atinya menawarkan lawatan ke sana memandangkan aku tak penah naik ataih lagi...
time tu dah dekat nak maghrib..jadi x lama la kami kat ataih..
pastu kami pun balik sp...
Wednesday, October 8, 2008
1 Syawal...
Saat kemenangan telah pun tiba...alhamdullillah...ramadhan pula amat berat untuk ditinggalkan...semoga ramadhan ini bukan ramadhan yang terakhir untuk aku...insyaAllah
Pagi Syawal ni..aku agak pening skit..maklumla aku tak tidoq lgsg walaupun seminit..berjaga untuk menyiapkan biskut raya last minuteku itew...hehehe...salah aku gak...ralit...lepas aku berkemas2 didapur...tetiba pala aku rasa pening sgt...memang sah la..aku kena letak pala sat..untuk hilangkan pening yang teramat ni...
Kebetulan pula aku 'coti' n tak leh semayang raya..jadi aku amik kesempatan nih untuk letak pala sat..
Tetiba...terasa ada yang kejutkan aku...rupanya ibu...ya Allah...tgk2 jam ja dah pukui 8.30 pagi...huhuhu..memang letak pala sungguh la ni...
Apalagi bedesup la aku masuk bilik air n mandi...hehehehe..
Dan bermula la aktiviti melayan tetamu yang datang kecik dan besaq..yang besaq mai makan...yang kecik minta duit raya ja...hehehe..biasalah aku time bebudak dulu pun camtu gak...
En. AY datang dalam kui 12 lebih la...dia beraya kat umah dia dulu. Kui 3 ptg dia kena keja..huhu..En. AY x dpt cuti...tp tahun depan En. AY kena janji..dapat ke tak..kena gak cuti tau..tp tak kisah sangat la kan..umah kami pun bukannya jauh sesangat..hehee..belakon ja lebey...
Petang nya pulak family aku, maksu dan makcik melawat kubur arwah wan, maktok, pak chaq dan pak long kat Bagan Jermal....Al-fatihah...
Pastu lebey kurang pukui 4 petang kami konvoi 3 biji keta ke umah family En. AY...tp sedeynya..En. AY tadak..kena keja...yang ada mak, ayah, fazli, wany, wana n baby akif ja...
Sepupu2 aku lak yang kecik2 tu meriuhkan umah PIL aku tu...macam kerenah depa..sabaq ja la..tambah2 si Raziq tu...hish...
Pastu kami meneruskan jalan-jalan hari raya ke umah tok sedara aku kat Tasek Gelugor dan rumah yang terakhir kami raya adalah umah Makcik aku kat Pmtg Pauh...sampai tetidoq la kat umah dia...letih jalan raya...
Aktiviti Menjelangnya Syawal..
Mula kerja...
Salam Syawal...
Hari ni aku baru ja masuk keja setelah bercoti-coti raya yang panjang..
Sepatutnya masuk keja 6hb-Isnin ari tu..
Tp di atas sebab-sebab kesihatan yang mana tidak mengizinkan..
maka aku mula masuk keja ari ni...
Banyak betui perkara yang nak diceritakan sepanjang percutian raya ni..tp nampak gayanya kena hupdate kemudian ja la...
memandangkan tugas-tugas di pejabat ni terlampau bebinau biji mata...al-maklum la cuti panjang...
tp insyaallah..aku cuba untuk hupdatenya nanti selepas kurang sikit bebanan keja ni...
Monday, September 22, 2008
Orang Baru 2
Macam copy paste ibu dia...
Syoknya lena...
Comeinyaa dia..
En. AY menunjukkan kepakarannya memangku anak sedara...ada bakat nih...
Akhirnya...
Wednesday, September 17, 2008
'Orang Baru'
Malam tadi, dalam kui 12.05 sesambil layan mata nak tdoq. Aku dapat sms dari En. AY lebey kurang berbunyi begini.
"Abang ada kat Muslimah ni. Wani sakit nak beranak."
Oh..oooo...aku terpikiaq sat...due wani (future SIL saya) bulan ni tp 29hb..cepatnyaaa...Aku pun fon En. AY. Katanya suma ada...mak, ayah, wana dan En. AY...Wani ngan Nizam dah kat dlm labour room. Terbayang gak kerisauan depa time tu...maklum la..cucu sulong nak keluaq..mesti berdebar-debarkan. Dalam pada aku dok terbayang-bayang tu mata aku pun terlelap..
2.47 pg..
Aku dikejutkan dengan sms dari En. AY..
"Alhamdulillah dah selamat. Anak lelaki. BeraT 3.00kg"
Alhamdullillah, jadi nya future PIL saya dah jadi maktok ngan tokwan la...hehehe..musti excited gila...termasuk la En. AY yang over excited tu (jgn marah En. AY). Ye la..dlm dok tunggu sempat lg En. AY berangan-angan, dok tunggu aku yang melahirkan...juah btui tau En. AY ni. Takpa En. AY, awak tu amik la pengalaman..time ni tunggu kat luaq..bila time aku nnti aku heret skali En. AY masuk labour room...kah kah kah...bukan apa kesedaran untuk orang lelaki tu macamana susahnya seseorang ibu tu nak melahirkan anaknya tau...
Untuk ibu muda Wani, tahniahnya atas kelahiran baby yang comel..
Nota Pena : Aku blom tau lg nama bakal anak sedara aku tu..huhu..nnti tanya En. AY...camtu gak ngan gmbq kalau ada nanti akan aku tempek kat sini..
Selamat Hari Lahir ABAH
Tanggal 17/9/1956 adalah hari lahir ABAH tersayang. Kiranya tahun ni merupakan hari lahir ABAH yang ke-52.
Untuk celebrate bufday ABAH, just beli kek dan KFC. Celebrate time berbuka. Apapun sempena bufday ABAH akak nak ucapkan...
- Semoga Abah dipanjangkan umur..
- Dimurahkan rezeki...
- Dikurniakan kesihatan yang baik..(muda selalu)
- Ampun dan maaf atas segala salah silap dan kelakuan akak yang tak menyenangkan ati Abah na..
- Sayang Abah..
Nota Pena : tetiba lak sedey ni...sob..sob...
Sunday, September 14, 2008
Buka Posa & Hantaran
Friday, September 12, 2008
Templete Sementara
Thursday, September 11, 2008
Cerita Tentang HIV Test...
Puasa ke 12, Jumaat & Berbuka 'date'...
Gambar Hiasan semata-mata. Gambar ini sebenarnya tiada kaitan ngan tajuk entry ni.
Nota Pena : Entah la..sejak aku kenal En. AY aku dah ada hobi baru daa...nak tau apa. Hobinya adalah suka perhati En. AY makan. Nak tau sebab?? En. AY tu kalau makan macam setahun x jumpa makanan tau dan satu lagi w/pun aku kekenyangan pun boleh jadi lapaq balik sebab cara En. AY makan adalah amat menyelerakan ok...
Wednesday, September 10, 2008
Second time berbuka puasa..
Sampai ja kat situ orang punyalah ramai. Tp kira besaq lg pasar ramadhan kat tmn ria, sg.petani tu..
Kira kalau p situ balik leh pening pala..sbb ramai sgt orang berhimpit-himpit.
ni adalah pinggan En. AY yangg....
Senyuman bahagia En. AY yang kekonyangan..hehehe
the last but no least..gambaq berdua lebih baik tu...
Nota Pena : Abih ja makan sempat lagi beli beg dompet En. AY untuk hantaran. Survey gak handbag untuk diri sendiri tp tak brapa menarik..cadang pas ni nak ke JJ kat Seberang Perai City.
First time berbuka puasa...
First time aku berbuka ngan tunang tersayang En. AY....xtvt pertama, p cuci keta..belemoih sgt..masa tu baru kui 5.30 ptg..byk masa lagi kan. Pastu tatau nak p mana, kami pun ke tesco extra kat sg 2. Just jalan-jalan sementara nak berbuka. Dalam pada berjalan tu sempat gak kami beli jam untuk hantaran..mulanya mmg tak rancang pun tp bila masuk kedai jam ja ada discount..apa lagi beli la..apa pun memurah ja. Kena bajet2 tau. Pastu singgah kedai roti/kek beli sandwich tuna untuk berbuka sementara nak p makan kan. Masuk ja time berbuka kami makan sandwich tuna tu sorang skit pastu p solat maghrib kat masjid usm.
Abih ja solat kami ke tanjung. Sebenarnya x decide pun nak mkn kat mana, just2 jalan camtu ja. Sampai kat town En. AY tertiba teringatkan nan tandoori kat kapitan...wahhhh....perut pun dah bunyik grot grot ok..aku iyakan ja la...kami order..bila ja smpai tandoori tu ataih meja...wahhhh...yummmmyy..tak terkata seiring dengan pertu yg bergelora....mana daknya roti nan yang ada cheese kat ataihnya dan ataih cheese plak ada ayam tandoori yang besaq...dengan coleslownya lg...mmg superb gila la...sapa yg tak penah tary meh la sini, tak rugi..tp sayang sgt takdak gmbq pulak yg di snap ari tu...
Tuesday, September 9, 2008
Telah di'tag'..
Saya telah di tag oleh Retna...
Jadi sesiapa yang di tag lepas ni kena copy n paste pulak kepada 5 rakan-rakan blogger anda yang lain ya dan jgn lupa tinggalkan mesej bahawa mereka telah di tag..emmm..siapa yang saya nak tag ya???..insan2 bertuah berikut adalah..
1 Abg Helmi a.k.a ayah Fahim
2)Mieza
3)Iza
4)Jumie
5)Divahantu
selamat men'tag' ya rakan-rakan...
Friday, September 5, 2008
Blog is Underconstruction....
Aku gagal meng'update' blog sehingga ke hari ini...disebabkan bosan ngan templete ni..
Sekiranya rakan blogger bleh la bagi cadangan templete yang menarik untuk blogku ini, amatlah dialu-alukan dan dihargai..
Sekian.
Monday, August 18, 2008
Sunday, July 27, 2008
Monday Moody...
Betui la..aku dilanda monday moody..suma orang camtu ka? Rasa bosan, tatau nak buat pa, blur and bla bla bla.
Actually, mood ari ni mmg tersangatla moody ok...(apa punya ayat da..)
Cerita tentang last weekend plak..rasanya tiada pa2 yang menarik pun..dok aja di rumah kemas rumah, masak skit2 pastu tido...nothing special la..tp dah p daftar untuk kursus kahwin...akhirnyaaaaaa...
Sebenarnya pala otak ni serabut sgt..ngan macam2 masalah..tp ya lah kan..manusia mana yang tak punya masalah..tidak Allah jadikan seseorang manusia itu jika tak diuji keimanannya..betul kan..
Satu lagi bab ttg hati dan perasaan aku ni...aku gaduh ngan En. AY (sebab musababnya terlalu peribadi utk aku kongsi disini ya)....lantas menjadikan aku seorang yang tiada mood di hujung minggu ni...tak baik kan biarkan perasaan ini bermaharajalela dlm diri kan...tp ye la kalau dah gaduh tu tkkn nak gelak ketawa bergumbira plak kan??? Tentula aku sedang dlm kesedihan...tp tak suka la bila gaduh niiiiiiiiiii....cmna la nak explain kat En. AY ni..
Sunday, July 20, 2008
Penat.........
Aku dengan tahap kebosanan yang hampir tiada setelah melalui weekend yang agak ceria...mula la aku mengarang ceta tentang weekend aku yang berwarna-warni tuh. Alih2 time nak post trus kuaq error...bila clik balik butang back..aku dapati KOSONG....geramnyaaaaaa.....mood aku terus tadak....aaaahhhhhhhhh..bosan balikkkkkkkkkk
Friday, July 18, 2008
Salam Jumaat..
Monday, July 14, 2008
Bosannya...
Sunday, July 13, 2008
OT & Jom Tgk Wayang...
Wednesday, July 9, 2008
Kursus Perkahwinan????
Mejengah ke blog liza http://theycallmeliza.blogspot.com/ tiba-tiba....toingggggg...aku pun belum p kursus kawin lagi...alamakkkkk....maybe aku kena gak p hujung bulan ni atau pun awai bulan depan...
Tuesday, July 8, 2008
Alhamdulillah...
28 Jun 2008
Seawal 6.30 pagi aku dah bangun. Tapi liatnya Tuhan ja yang tau, memandangkan semalaman berjaga menyiapkan hantaran dan persiapan di dapur aku masuk tidur dalam pukul 4.00 pagi. Sisa-sisa ngantuk masih lagi mengiringi aku..aku, ibu, makcik dan maksu bergegas ke pasar untuk membeli keperluan memasak untuk makan tengahari dan kenduri petang nnti.
Sampai ja dirumah, tak duk diam la..kemas itu ini, potong itu ini, buat itu ini...macam-macam la. Dalam pukui 11 pg maksu ajak untuk ambik tempahan roti jala di sungai layar dan terus ke kedai make-up...wah..dalam pala aku berkira2...awainya nak p make-up sedangkan rombongan akan tiba lebih kurang kui 4 ptg.."nnti kalau dah bermake-up, aku mcm tuan puteri gunung jerai la plak..dok seketoi ja, tkyah buat pa2 pn..x leh jdi ni..keja banyak lg yang tak usai." aku berkira2 dlm hati. Aku g tau maksu soh depa p amik dulu roti jala tu lepas kui 2 baru aku p make-up..kat umah tadak sapa nak tolong ibu buat itu ini..nak harapkan makcik sorang siannya kat dia.
Tengahari ni ibu ada buat makan- makan untuk adik beradik. Tetamu mula memenuhi umah aku...antaranya..jiran tetangga, mak cik sekeluarga sebelah abah sekeluarga, tokwan aku, tok ngah suami isteri dan ramai lagi la..sori la buat yang hadir hari tu..tak sempat nak igt semuanya ya..apapun terima kasih atas kehadiran anda ya..
Kalut sana sini melayan tetamu, tengok2 jam dah pukui 1.30..wahhhhh..apa lagi...kelam kabut la menyaipkan diri(mandi) dan solat, makan pun dah tak brapa dan...bayang la..nak ke kedai pun dah amik masa 20 minit..buatnya rombongan sampai awai dari sepatutnya..jenuh depa kena tunggu aku untuk sarung cincin..seandainya terjadinya sebegitu...x dapt aku bayangkan..huhuhu..
Aku ditemani paksu, maksu, 2 cousins kecik aku dan x lupa apek videoman(wah...mau kena sekeh ni kalau pakcik aku tahu sbb apek itu adalah pakcikku..huhu) berangkat ke kedai make-up. Sesampai ja kat sana lega..aku sorang ja..x le kelam kabut..si tukang make-up (Mona) macam tengah menanti ja kedatangan aku..wahhh...jadi kerap dekat2 sejam gak la Mona touch mukaku..tp suspen gak first time nak nengok mukaku ini...wahhh..lain btui la muka aku...lotih gak org yang menemani aku menunggu..sian depa kan..
Mujurla..aku sampai di rumah pukui 4.00 petang sebelum rombongan tiba..selamatttt...akhirnya rombongan tiba dekat kui 5 ptg...time tu rumah dah penuh ngan jiran2 tetangga dan adik beradik...
Setelah sampai perbincangan di jalankan dan aku pun selamat ditunangkan dengan Ahmad Yuzri... doakan semoga jodoh aku berkekalan...insyaalllah..
Wednesday, June 25, 2008
Menanti Saat Itu Tiba...
Tengok pada tajuk pun dah tau kan apa yang bakal aku coretkan kat sini kan..maybe pada orang lain 'pertunangan' adalah perkara yang kecik amat...tapi tidak bagi aku..sebabnya...dari situ aku menjadi sorang hamba yang lebih bersyukur dari sebelumnya kepada ALLAH SWT. Kiranya aku akan bertunang kembali setelah pertunangan aku yang pertama bak kata orang 'tiada jodoh'...kemudian dalam tempoh tak sampai setahun aku akan diikat semula..bukan aku gah..tp aku benar-benar bersyukur kerana doa tanpa henti yang aku panjatkan ke hadratnya..dimakbulkan..alhamdullillah..moga jodoh aku kekal hingga ke akhir hayat...
Hantaran
Berbalik pada persiapan...bertunang ni rasanya x la sehebat hari kenduri kan..tp sebagai anak sulung..bahang tu terasa jugak...bkn apa..tentang hantaran tu alhamdulillah..tak siap sepenuhnya lagi cuma 80% dapat aku siapkan dengan jayanya..hehehe...
Kenduri
Yang dirisaukan sekarang ni cuma kenduri kecil-kecilan yang akan dibuat tu..walaupun abah dan ibu dah prepare nak buat itu ini...aku takleh la amik mudah ja..kena involve sama..tentang makanan semuanya di kelola oleh ibu...hiasan rumah pun ibu..abah dah sewakan meja makan dan kerusi untuk tetamu...sebut tentang sewa ni..cadangan asalnya nak sewa khemah.tp setelah bincang2 pagi petang siang malam maka ter'cancell' lah cadangan tu. Rumah aku tu corner lot jadi ada ruang la untuk tetamu yang x dpt masuk rumah duduk di luar. Ibu kata dia segan la nnti jiran tetangga ada yang kecik ati bilamana ada sebilangannya x dijemput..nama pun kenduri kecil-kecilan kan...apapun semoga majlis berjalan lancar dan sempurna hendaknya..insyaallah..
Bakal tunanganku...
Alhamdullilah. Hubungan kami berlangsung hampir 7 bulan. Terlalu singkatkah? tapi pengalaman mengajar aku percintaan yang terlalu lama tempohnya belum tentu terjamin sesebuah ikatan perkahwinan pada akhirnya kan. Dalam tempoh ini bermacam warna warni menghiasi perhubungan kami. Juga diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang kala bukan datang dari faktor lain tetapi dari faktor diri masing-masing. Dalam tempoh ini aku banyak mengenali hati budinya..tp sudah tentu bukan sepenuhnya kan..mungkin sebahagian..mungkin juga suku darinya..siapa tahu..tapi aku terasa seakan telah 7 tahun mengenali dirinya..Orang tua-tua kata alam pertunangan banyak cabarannya, tp insyaallah aku akan menjaga hubungan kami sebaik mungkin..buat bakal tunangku...kasihku selalu baru untukmu..cewaaahh..puitisnya..
Stop. cukup sampai disini. Yahooooo..esoknya aku akan mula bercoti-coti malaysia. (coti kemas rumah daaa)...
Penaku berhenti disini...
Thursday, June 19, 2008
Menghitung hari...
1 week & 1 day more...
Insyaallah..aku sebenarnya dlm debaran utk diikat atas sebuah nama pertunangan. Berdebar-debar bkn kerana takut..tetapi dengan pelbagai rasa yang mana hanya Tuhan Maha Mengetahui. Rasa seronok, takut sikit-sikit, bersyukur semuanya ada dlm hati ni. Tetap rasa yg paling indah adalah bersyukur pada Allah. Setelah melalui pahit manis alam percintaan, aku akan melalui satu lagi proses yang mendekatkan diri aku dengan alam perkahwinan. Jua insyaallah...
Alhamdullillah...bersyukur pada Allah kerana selepas beberapa peristiwa pahit yang aku lalui dlm hidup ni..hari ni aku merasakan segalanya merupakan hikmah atas kejadian yg lalu. Dipertemukan dengan insan yang bernama Ahmad Yuzri membuatkan aku amat2 bersyukur pada Allah swt. Semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat..insyaallah.
Preparation??...huh..macam-macam sebenarnya yang ada dlm pala aku ni. Escpeially tentang hantaran la. Pening pala dibuatnya. Sekarang ni pun tengah belek itu ini..ya lah dh tinggal seminggu ja lagi..apa2 pun aku kekalkan konsep bersederhana tanpa membazir tp cantik..leh gitu..Yang lain2 perkara tu aku serah kat ibu n abah la..mcm..kenduri tu biaq depa ja handle la..apapun ibu banyak memainkan peranan untuk majlis yg bakal berlangsung ni...terima kasih ibu..
Doakan agar semuanya berjalan lancar ya...insyaallah.
Wednesday, June 4, 2008
Counting day by day...
Monday, May 5, 2008
Konvokesyen PSP @ Dewan Milenium, Kepala Batas
21 April 2008
family tersayang..kecuali oshin
bersama abg...terima kasih kerana setia menanti..
bergambar kenangan dgn abg burn n zana...
Sunday, May 4, 2008
What Zaimarniza Means |
You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along. But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge. You are usually the best at everything ... you strive for perfection. You are confident, authoritative, and aggressive. You have the classic "Type A" personality. You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing. You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long. You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start. You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated. You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want. You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way! You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something. You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense. You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun. You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people. You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts. You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals. |
Monday, April 7, 2008
A long lost missing best friend....
wif her son...
Rindu...
Him...especially...
This notty boy too...
p/s- miss them a lottttttsssss.....
Sunday, April 6, 2008
Weekend lagik..Ahad
najwan still lena sampai kui 3 lebih..diri ni igt nak tdoq..tp mata tak ngantuks..camna tuh..bohsan...tgk najwan bangun apa lagi..bagi mandi, siap2..berak lagi...sakit perut ke hapa bdk nih...nak bwk najwan jln2 la...ajak ibu & adik yani skali...tak p mana pun...Village Mall ja..bkn nak shopping pun..nak bgi najwan yang baru dpt kaki tu jalan..kat situ x sbuk sgt...pastu ibu lanja mkn kat Old Town...tu jer...Maghrib sampai umah...
Tiada aktiviti mlm len..melainkan tgk tv...hehehe...adios
Weekend..
Paginya aku x buat pa2...just dok kat umah ja..mengemas itu ini sana sini...tgah ari aku bersiap nak p kenduri opismate aku kat Tawar, Baling. Yang x beshnya, kena p sorang-sorang..oshin x p sbb dia pun ada kenduri kwn dia kat nibong tebal..mula2 nak ajak ibu..alih2 abah dapat mc n balik umah...ibu, kena teman la..so...kui 1.00 tghari...staright away p umah Aima (nama opismate aku)...
Sampai ja kat umah kenduri...wahh..rmai btui orang time tu...jenguk sana sini..tak nampak pun mmber2 len yg datang...dlm keadaan yg agak kelam kabut tu(bagi aku la..sipa kena mencelah la) masuk teruih jumpa pengantin pompuan...rupanya mek tu dah siap ngan baju pengantinnya..ijau pucuk pisang lagi tu...ala...aku nak jugak wona tu..huhuhu..pastu mkn pun aku taruk ataih..tmpat duduk mmg tadak lgsg kat luaq..aku redah ja..buat tatau mkn kat dlm umah..hehehe..darurat la...sib baik lg tu tak mkn depan pelamin...aku undur diri dari sana lam kui 2 lebih la..
Aktiviti seterusnya...hehehe..dating...Sampai ja umah aku teruih siap nak p jumpa buah ati tersayang...janji ngan dia nak jumpa kat seb jaya ja..senang skit...jumpa kat tengah2..sbb dia dari penang n aku dri sp...kira fair n square maa....
Met dia kat Caltex..pastu teruih ke Sunway Carnival...agak dah..takdak aktiviti len lg la..tgk wayang...smpai kat mall pun dah kui 5 lebih...beli tiket 6.40 ceta WATER HORSE...(komen filem : ceta dia ok..takla membosankan sgt w/pun latar belakang dia tahun 40 an camtu..)
Sementara nak tunggu show..kami ronda2..tawaf satu mall..window shopping ja..hehehe..kena jimat cermat..tahan diri ja..p solat pastu masuk tgk show... ada satu benda yg spoil kat aku ari ni...huahuahua...kaki aku sakit..kononnya nak tunjuk kasut baru la kat dia..padan muka aku...keluaq show..terus amik keta..pastu p jalan2 cari mkn la..dok lam keta dok discuss la nak mkn apa....time tgh laapq camni..mcm2 mai dlm pala..nasi goreng udang JURU la..western la..alih2 kona p Route 69 kat perda..mkn western gak...ayo...chicken chop lagik tu...takpa balik sat g timbang tgk naik ka dak..hehehe...dia mkn lamp chop...aiya itu lg dasat...
kui 10.30 sampai kat umah..sekian ceta utk ari ni...adios.